Ahad, 10 Julai 2016

PEMBUKAAN PERSIDANGAN UNDANG-UNDANG MALAYA YANG KEDUA DI KUALA LUMPUR OLEH TUN ABDUL RAZAK 10.7.2016

Pembentukan undang-undang yang mantap, seringkali memerlukan kajian mendalam dan mengalami perubahan dan pembaikan di mana-mana tempat mengikut kesesuaian dan keadaan semasa. Perubahan zaman dan penemuan baru membawa pengubalan dan perubahan undang-undang yang sedia ada. Ke arah maksud di atas, pada 10 Julai 1973, satu Persidangan Undang-undang Malaysia yang kedua telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia Tun Abdul Razak. Persidangan yang dianjurkan oleh Majlis Peguam akan berlangsung selama tiga hari disertai oleh 150 orang daripada Semenanjung Malaysia, tujuh  daripada Sabah, enam daripada Singapura dan seorang daripada Australia. Persidangan ini diadakan di Dewan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Dalam ucapan perasmian, Perdana Menteri telah memberi jaminan kerajaan tetap berpegang kuat kepada peraturan undang-undang, melindungi serta mempertahankan kebebasan tanpa disekat-sekat. Tun Razak menambah, ada kalanya kita menghadapi keperluan-keperluan yang berubah dalam masyarakat seperti yang tidak dapat dielakkan oleh tiap-tiap demokrasi berparlimen tetapi pindaan perlembagaan itu tidak melibatkan perkara-perkara asas, hak-hak asasi dan perlindungan bagi rakyat tidak disentuh sama sekali. Persidangan ini yang bertemakan Undang-undang dan Pembangunan. Membincangkan kertas kerja berkaitan dengan sumber-sumber galian dan pembentukan undang-undang, Bank-bank Pembangunan dan Dasar Ekonomi Baru, bahagian-bahagian yang tertinggal dalam undang-undang dan juga membincangkan kerjaya bidang undang-undang itu sendiri. Diharap Persidangan Undang-undang yang diadakan ini akan memberi sumbangan yang bermakna kepada kerajaan demi untuk kemajuan perundangan di Malaysia.

SUMBER-http://www2.arkib.gov.my/hids

Tiada ulasan:

Catat Ulasan