Pada hari
ini dalam tahun
1889, satu persetujuan
pembentukan satu Konfiderasi
yang dinamakan Negeri
Sembilan telah dicapai. Yam
Tuan Besar Sri
Menanti Tuanku Mohamad
ibni Almarhum Tuanku Antah
bersama-sama
pemerintah-pemerintah Johol
(termasuk Gemenceh), Inas, Ulu Muar, Jempol,
Gunung Pasir dan
Terachi, bersama-sama dengan
Tunku Syed Hamid
pemerintah Tampin dan Dato
Setia Raja dari
Rembau dengan rasminya
telah bersetuju menerima
perlindungan British melalui
satu satu perjanjian
yang telah ditandatangani bersama oleh Gabenor Negeri-Negeri Selat, Sir
Cecil C. Smith. Seorang Residen
British dipersetujui akan
dilantik untuk membantu
pentadbiran Kerajaan
Konfiderasi ini. Dengan
penubuhan Konfiderasi ini,
maka kawasan Negeri
Sembilan terbahagi kepada
dua unit pentadbiran
yang diakui oleh
Inggeris. Yang pertama
ialah kawasan bahagian Timur
yang mengandungi Sungai
Ujung (termasuk Jelebu) di
bawah Residen Sungai Ujung iaitu W.F.B. Paul,
manakala bahagian Barat
dengan nama Negeri
Sembilan terletak di bawah
Residen Negeri Sembilan, Martin Lister.
Pada 8 Ogos, 1895, satu
lagi perjanjian telah
ditandatangani di hadapan Gabenor
Negeri-Negeri Selat, Sir Charlis Bullen Hugh Mitchell mengenai penubuhan
Konfiderasi Negeri Sembilan yang lebih
besar dengan Martin Lister telah dilantik sebagai
Residennya yang pertamanya
SUMBER-http://www2.arkib.gov.my/hids
Tiada ulasan:
Catat Ulasan