2.3 Pengubahsuaian dalam
pentadbiran, ekonomi dan pendidikan.
Oleh-AHMAD BIN YAAKOB
Pengubahsuaian Pentadbiran .
HP menerangkan
perubahan-perubahan pentadbiran di Negeri-Negeri Melayu, Sabah dan Sarawak.
Pengenalan Sistem Residen.
1.Pengenalan Sistem Residen.
i.Diperkenalkan di Perak 1874, Selangor 1875, Pahang 1888 dan
Negei Sembilan 1889
ii.Merupakan satu bentuk sistem
pemerintahan secara tidak langsung di Negeri-Negeri Melayu.
iii.Residen-seoang pegawai
yang ditugaskan untuk menasihati sultan dan nasihatnya itu mesti dipatuhi dalam
semua perkara.
iv.Kuasa memerintah sebenarnya
berada di tangan Residen British yang mentadbir atas nama sultan.
v.Residen berkuasa dalam semua
sistem pentadbiran.
vi.British perkenalkan beberapa
perubahan secara beransur-ansur di negeri-negeri Melayu melalui
institusi-institusi politik tradisi yang wujud ketika itu.[1]
[1] “Pengubahsuaian
dalam pentadbiran, ekonomi dan pendidikan.” dalam dalam Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM
Sejarah Penggal 3, (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013),31.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan