Jumaat, 9 Disember 2016

Usia 60 tahun di takrif warga tua


 
ARKIB : 02/10/1999
Usia 60 tahun di takrif warga tua
YANG di-Pertuan Agong menerima Pelan Tindakan Warga Tua pada sambutan Hari Warga Tua Kebangsaan 1999 di Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 1 Okt. - Dasar Warga Tua Negara menetapkan takrifan seseorang yang berumur 60 tahun ke atas dianggap sebagai warga tua.

Takrifan itu selaras dengan definisi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semasa Perhimpunan Warga Tua Sedunia di Vienna, Austria pada tahun 1982.

Menurut dasar itu, kerajaan akan berusaha mewujudkan warga tua yang sejahtera, bermaruah dan mempunyai martabat diri yang tinggi.

Dasar itu menetapkan bahawa golongan berkenaan turut menikmati semua peluang di samping mendapat penjagaan dan perlindungan sebagai ahli keluarga, masyarakat dan negara.

Antara objektif dasar itu ialah:

* Meningkatkan kehormatan dan martabat diri warga tua dalam keluarga, masyarakat dan negara.

* Memajukan potensi warga tua agar mereka terus aktif dan produktif dalam pembangunan negara, serta mewujudkan peluang untuk membantu mereka terus hidup berdikari.

* Menggalakkan penyediaan kemudahan-kemudahan tertentu demi menjamin penjagaan dan perlindungan warga tua ke arah kesejahteraan hidup mereka.

Selaras dengan perisytiharan PBB, Hari Warga Tua disambut pada 1 Oktober setiap tahun.

SUMBER-Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1999&dt=1002&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=hn_02.htm#ixzz4SMBOt1S3 © Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan