Ahad, 11 Disember 2016

Petronas bina telaga tiga serangkai pertama di dunia

ARKIB : 29/10/1999
KUALA LUMPUR 28 Okt. - Petronas hari ini menyatakan bahawa anak syarikatnya, Petronas Carigali Sdn Bhd, telah menyiapkan pembinaan telaga tiga serangkai pertama dunia di kawasan Bokor, luar pesisir Sarawak.

Aplikasi teknologi telaga tiga serangkai di pelantar penggerudian Bokor-C membolehkan tiga telaga berlainan dengan enam saluran pengeluaran, digerudi menerusi satu konduktor bersama, kata syarikat minyak nasional itu dalam kenyataannya di sini.

Cara itu, tambahnya, mengurangkan bilangan konduktor yang harus dipasang, seterusnya ia akan mengurangkan kos projek itu.

Siapnya telaga tiga serangkai itu menuruti kejayaan pelaksanaan teknologi telaga dua serangkai di kawasan Tukau dan Baram, juga di luar pesisir Sarawak, tahun lepas.

Petronas menyatakan sistem telaga tiga serangkai adalah satu lagi kejayaan teknologi bagi Petronas Carigali dalam usahanya untuk mengeluarkan lebih banyak minyak pada kos yang lebih rendah, dan untuk mencari lebih banyak cara bagi menambah nilai kepada aset-asetnya. - Bernama

Sumber-Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1999&dt=1029&pub=Utusan_Malaysia&sec=Ekonomi&pg=bs_05.htm#ixzz4SXVEsAY3 © Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan