NORFARHIZA MOHD ATAR
24 DISEMBER 2016
Hilang sebuah tanda sejarah
Rumah dan pejabat Perhilitan zaman kolonial British di Kampung Bukit Betong
yang pernah didiami Theodore Rathbone Hubback kini hanya tinggal kenangan
BUKIT BETONG - Sebuah rumah
tinggalan sejarah zaman kolonial British di Kampung Kelua, Bukit Betong, di
sini, kini hanya tinggal kenangan.
Kediaman yang dibina di atas
tanah persendirian itu telah dirobohkan berikutan pemilik tanah membina tapak
semaian pokok kelapa sawit.
Ketua Kampung Bukit Betong,
Badra Isa Abdul Hamid berkata, rumah lama tersebut pernah didiami Pegawai Pusat
Konservasi dan Pemuliharaan Hidupan Liar kawasan Hulu Jelai, Theodore Rathbone
Hubback.
Menurutnya, Hubback yang
dilahirkan pada 1872 pernah tinggal dan menjadikan kediaman itu sebagai pejabat
Perhilitan sehingga 1942.
“Tarikh sebenar kediaman
tersebut dibina kita tidak pasti tapi ciri-ciri dan keunikan seni bina rumah
lama tinggalan zaman British itu jelas menunjukkan ia ada nilai sejarah.
“Kalau ikutkan memang sayang
nak robohkan kerana ia merupakan salah satu bangunan lama zaman British yang
masih terpelihara. Namun kita tiada hak untuk halang pemilik tanah,” katanya,
semalam.
Badra Isa berkata, bapanya,
Allahyarham Abdul Hamid pernah bekerja sebagai tukang masak di kediaman
tersebut sewaktu Hubback bertugas sebagai pegawai Perhilitan.
Menurutnya, suatu ketika dahulu
kediaman itu antara paling besar dan luas di Kampung Bukit Betong.
Sumber-SINAR HARIAN ONLINE 24
DISEMBER 2016
Tiada ulasan:
Catat Ulasan