Sabtu, 24 Disember 2016

Jeneral (B) Ibrahim dianugerah Tun

ARKIB : 03/06/2000
KUALA LUMPUR 2 Jun - Seorang bekas Panglima Angkatan Tentera Malaysia dianugerah gelaran Tun dan lima bekas menteri menerima gelaran Tan Sri sempena ulang tahun hari keputeraan rasmi Yang di-Pertuan Agong Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah esok.

Jen (B) Tan Sri Ibrahim Ismail, yang merupakan penerima tunggal darjah kebesaran Seri Setia Mahkota (SSM), mendahului senarai 1,740 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat.

Lima bekas menteri yang merupakan antara 35 penerima Darjah Kebesaran Panglima Setia Mahkota (PSM) ialah bekas Menteri Penerangan Datuk Seri Mohamed Rahmat, bekas Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Datuk Seri Sabbaruddin Chik, bekas Menteri Kesihatan Datuk Lee Kim Sai, bekas Menteri Pertanian Datuk Amar Dr. Sulaiman Daud dan bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Megat Junid Megat Ayob.

Penerima lain PSM termasuk bekas Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk M. Mahalingam, yang juga Bendahari Agung MIC, bekas Timbalan Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat mendiang Datuk Alex Lee dan Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar George Chan Hong Nam.

Penerima PSM lain ialah dua orang hakim iaitu Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Paduka Mohamed Dzaiddin Abdullah dan Hakim Tribunal Jenayah Antarabangsa Datuk Wira L.C Vohrah serta dua pegawai tertinggi sektor awam iaitu Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Komunikasi dan Multimedia Datuk Nuraizah Abdul Hamid dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Othman Mohd. Rijal.

Yang turut menerima PSM ialah Panglima Tentera Udara Lt. Jen. Datuk Seri Ahmad Saruji Che Rose, Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia Datuk Dr. Ahmad Zaharuddin Idrus, seorang paderi Datuk Dr. Lim Cheng Ean dan ahli terkemuka Kelab Rotary Datuk James Peter Chin Soon Swee.

Penerima lain ialah ahli perniagaan dan tokoh korporat iaitu Ketua Eksekutif Perbadanan Johor Datuk Muhammad Ali Hashim, Pengerusi Eksekutif Peremba (M) Sdn. Bhd. Datuk Mohd. Razali Abdul Rahman, Pengerusi Eksekutif Puncak Niaga (M) Sdn. Bhd. Datuk Rozali Ismail, Pengerusi Malayan Banking Berhad Datuk Mohamed Basir Ahmad.

Penasihat Khas Kewangan kepada Perdana Menteri Datuk Nor Mohamed Yakcop, Pengerusi Kumpulan Halim Mazmin Datuk Halim Mohammad, Pengerusi Eksekutif Kumpulan Maju Holdings Sdn. Bhd. Datuk Abu Shaid Mohamed, Pengarah Urusan Kumpulan Bina Puri Holding Bhd. Datuk Tee Hock Seng, ahli perniagaan terkemuka Sabah Datuk Seri Panglima Lau Gek Poh.

Presiden Persekutuan Dewan Perhimpunan Cina Malaysia Datuk Chong Chin Shoong, Ketua Eksekutif Proton Berhad Tengku Datuk Mahaleel Tengku Ariff, Datuk Syed Mokhtar Albukhary dari Yayasan Albukhary, peguam Datuk Zaki Tun Azmi, Pengerusi Eksekutif West Port Datuk G. Gnanalingam.

Pengerusi Muda Holdings Berhad Datuk Lim Guan Teik, Pengerusi Eksekutif Chase Perdana Berhad Datuk Dr. Mohan Swami, pemimpin masyarakat Cina Johor Datuk Kuek Ho Yao, Pengerusi Eksekutif Capital Land Sdn. Bhd. Datuk Dr. Tan Lai Kim dan Pengarah BIG Industries Bhd. Datuk Dr. Lau Ban Tin.

Empat puluh tiga orang menerima Panglima Jasa Negara (PJN) dan tujuh menerima Panglima Setia Diraja (PSD) yang masing-masing membawa gelaran Datuk.

Antara penerima PJN ialah Pengarang Kumpulan Berita Harian Ahmad Rejal Arbee Mohd. Isa Arbee, Setiausaha Eksekutif UMNO Tengku Datuk Adnan Tengku Mansor, Penolong Ketua Penerangan UMNO Mohd. Nakhaie Ahmad, Presiden Barisan Progresif India (IPF) M.G Pandithan dan Ketua Eksekutif Kumpulan Permodalan Nasional Berhad Hamad Kama Piah Che Othman.

Penerima lain ialah Timbalan Ketua Pengarah I Jabatan Perkhidmatan Awam Datuk Abdul Wahab Adam, Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Datuk Dr. Zainul Ariff Hussain, Timbalan Ketua Setiausaha Bahagian Kabinet JPM Datuk Alias Ali.

Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Khalid Husin, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan Dr. Syed Muhamad Syed Abdul Kadir, Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Datuk Hasmy Agam, Ketua Pengarah Pendaftaran Negara Datuk Azizan Ayob.

Peguam Besar Negeri Sarawak Datuk Fong Joo Chung, Timbalan Panglima Tentera Darat Lt. Jen. Datuk Abdul Aziz Hassan, Timbalan Panglima Tentera Laut Laksamana Muda Datuk Mohd. Ramly Abu Bakar, Timbalan Panglima Tentera Udara Mej. Jen. Datuk Suleiman Mahmud.

Pengurus Besar Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) Datuk Abdul Halil Abdul Mutalib, Ketua Pengarah Mara Abdul Karim Haron, Ketua Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri Datuk Najirah Mohd. Tassaduk Khan, Pengurus Besar Bank Simpanan Nasional Datuk Mohd. Kassa Abdul Aziz.

Ketua Pengarah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia Datuk Zainun Aishah Ahmad, Timbalan Naib Canselor Universiti Malaya Prof Datuk Osman Bakar, Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris Dr. Ashari Che Mat, Pengarah Urusan Kumpulan Felda Holding Sdn. Bhd. Abdullah Yusoff.

Pengarah Operasi Proton Kisai Rahmat, Ketua Pegawai Eksekutif United Straits FUSO Sdn. Bhd. Chong Wei Yoon, Pengarah Urusan Kumpulan Syarikat Khuan Choo Desmond Lim Siew Choon, Pengerusi Eksekutif First Cartel (M) Sdn. Bhd., syarikat yang menganjurkan Le Tour de Langkawi, Wan Lokman Datuk Wan Ibrahim.

Ahli perniagaan Teh Kian An, Dr. Jagjit Singh Sambhi dari Klinik Bersalin Sambhi, Pengarah Eksekutif Malaysia Mining Corporation Bhd. Haji Ab Sukor Shahar, Presiden VXL Holding Sdn. Bhd. Lim Chee Wah.

Pakar Perunding Kardiologi Institut Jantung Negara Dr. Mohd. Nasir Muda, Mohaiyani Shamsuddin dari Mohaiyani Securities, Presiden Persatuan Perubatan Malaysia Dr. P. Krishnan.

Dr. Bernard Wang Tsun Hao dari ACRO Building Consultancy, Pengarah Urusan DC & A Group Sdn. Bhd. David Chua Kok Tee, Pengerusi International Business Transaction Dr. Ian Chia, Ketua UMNO Bahagian Lipis Datuk Omar Othman.

Pengerusi Wah Cheong Credit Sdn. Bhd. Ooi Tuan Heo, Wan Kassim Ahmed, Anthony Ratos s/o Domingos Ratos dan K. Ravindran.

Tujuh penerima PSD ialah Pegawai Kewangan Negeri Selangor Datuk Abdul Aziz Mohd. Yusof, Asisten Ketua Staf Bahagian Perkhidmatan Anggota Markas Angkatan Tentera Laksamana Muda Datuk Engku Zainal Abidin Engku Ngah, Juruiring kepada Perdana Menteri, Datuk Mohammad Ali.

Dua anakanda Seri Paduka, Tengku Puteri Datuk Seri Zahariah dan Tengku Datuk Seri Ahmad Shah Alhaj, Exco Kerajaan Negeri Selangor Datuk Mohd. Sharif Jajang dan Pengerusi Eksekutif Taman Equine (M) Sdn. Bhd. Patrick Lim Soo Kit.

Seramai 18 orang menerima Johan Mangku Negara (JMN), antara mereka, ialah Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Datuk Dr. Abdul Rahman Idris, Timbalan Ketua Audit Negara Abdul Rahman Mohammed dan Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Melayu (M) Berhad Sahimi @ Suhaimi Mokhtar.

Sementara itu, 74 orang dianugerahkan Johan Setia Mahkota (JSM) termasuk Setiausaha Akhbar kepada Perdana Menteri Zakaria Abdul Wahab, Ketua Pegawai Operasi MIMOS Berhad Dr. Mohamed Awang Lah, anggota Parlimen Batang Lupar Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Naib Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Lau Shong Thu.

Seramai 208 orang menerima anugerah Kesatria Mangku Negara (KMN), tujuh orang Kesatria Setia Diraja (KSD), 565 Ahli Mangku Negara (AMN), 773 Pingat Pangkuan Negara (PPN), seorang menerima PPN (Kehormat), enam orang Bentara Setia Diraja (BSD).

Lt. Kdr Anuar Alias dari Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang berpangkalan di Lumut, Perak pula menjadi penerima tunggal Pingat Gagah Berani (PGB).

Allahyarham Sjn (U) Ali Ahmad dari Markas Rejimen Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pula dianugerahkan Jasa Perkasa Persekutuan (JPP). - Bernama

Sumber-Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2000&dt=0603&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=hn_04.htm#ixzz4TkIw3GEs © Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan