ARKIB : 15/06/2000
Saudara Pengarang,
SAYA seorang peminat rancangan
terbaru di saluran ntv7 Who Wants To Be A Millionaire dalam versi Malaysia yang
dipengacarakan oleh Jalaludin Hassan.
Saya tidak berpuas hati kepada
pihak ntv7 kerana menyiarkan rancangan ini pada pukul 7.30 malam hingga 8.30
malam. Ini kerana pada pukul 8.00 malam adalah waktu berita di semua saluran
lain.
Rancangan yang paling popular
di dunia ini mungkin akan mengalami kekurangan penonton kerana ada yang sedang
menikmati berita di saluran lain. Ini mungkin sedikit sebanyak menjejaskan
bilangan penonton di ntv7.
Saya berharap ntv7 dapat
mempertimbangkan cadangan saya ini. - AQ, Tanjong Piandang, Perak.
SUMBER-Artikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2000&dt=0615&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_08.htm#ixzz4UTznQwS3
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan