Selasa, 6 Disember 2016

Sejarah hitam sepak takraw

ARKIB : 11/08/1999
SEJARAH hitam tercatat dalam diari sepak takraw Malaysia apabila buat pertama kalinya skuad negara sekadar beroleh pingat gangsa dalam acara berpasukan pada Sukan SEA XX Brunei.

Inilah persembahan terburuk Malaysia sejak sepak takraw (ketika itu sepak raga jaring) dipertandingkan pada temasya dwitahunan ini, lebih tiga dekad lalu.

Malah kecundangnya anak buah Rauzan Masri di tangan Thailand pada separuh akhir di Dewan Muhibah Pejabat Daerah Muara, semalam turut menyambung detik malang Malaysia yang baru lapan bulan kehilangan mahkota Asia kepada musuh tradisi itu ketika Sukan Asia XIII Bangkok.

Selain itu, Malaysia juga pernah merana pada Sukan SEA Chiang Mai 1995 setelah dipaksa oleh Singapura untuk berpuas hati dengan sebutir gangsa dalam acara antara regu.

Sesudah diaibkan pasukan bukan pilihan, Myanmar dalam peringkat kumpulan A, baru-baru ini, luka Malaysia kian parah apabila tunduk 1-2 kepada Thailand dalam pertarungan yang memakan masa selama empat jam itu
Sumber-Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1999&dt=0811&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=sp_07.htm#ixzz4S7yJtjOt © Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan