OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Menurut Noriah Dermawan, pada
tahap kedua perkembangan akhbar Melayu (1901-1925) diterbitkan lagi “…11 buah
akhbar”[1]
Akhbar pertama yang diterbitkan dalam
jangkamasa ini ialah Jambangan Warta.[2]
Antara akhbar terpenting pada tahap ini ialah “Utusan Melayu yang
diterbitkan di Singapura pada tahun 1907. [3]
Manakala pengarangnya “Mohd. Eunos Abdullah muncul sebagai Bapa
Persuratkhabaran Melayu.”[4]
Beliau terkenal sebagai Ketua Pengarang akhbar Utusan Melayu dari
tahun 1907 hingga 1909 dan Lembaga
Melayu dari tahun 1914 hingga 1931.
Utusan Melayu
tidak bersifat radikal
tetapi cuma menyiar
berita tempatan dan Tanah Melayu
serta berita Perang
Dunia Pertama. Lembaga Melayu pula merupakan akhbar harian termaju sebelum
pecah Perang Dunia Kedua. Melalui kedua-dua akhbar ini Eunos berjuang untuk
kebajikan dan peluang lebih luas diberikan kepada pelajar-pelajar Melayu.[5]
Pada 9 Februari 1932, dia menerbitkan akhbar harian Perkhabaran Dunia tetapi ia terbit selama enam minggu sahaja.[6]
Seterusnya pada awal abad ke 20, gerakan Kaum Muda pimpinan
Syed Sheikh Al-Hadi telah
menerbitkan akhbar Neraca,[7] Idaran
Zaman[8] dan Saudara[9]
untuk menyebarkan pendapat Kaum Muda. Neraca beredar
di kalangan golongan
terpelajar dari kaum terpelajar
di Negeri-Negeri Selat, guru agama dan orang-orang alim di Semenanjung Tanah
Melayu.[10]
Sebaliknya Kaum Tua menerbitkan akhbar Lidah
Benar [11]
dan Suara Benar[12].Suara
Benar banyak menyentuh soal-soal sosial, ekonomi, agama dan politik.[13]
Kedua-kedua buah akhbar ini telah menentang gerakan pembaruan Kaum
Muda dan menuduh
mereka tidak beramal ibadat. Akibatnya akhbar Kaum Muda diharamkan oleh
kerajaan di Selangor, Negeri Sembilan dan Perak. Persaingan fahaman Kaum Muda
dan Kaum Tua juga berlaku di Kelantan
sebuah negeri yang bercorak keagamaan.
Menurut
W.R. Roff, pada tahun 1920-an bidang
kewartawanan Melayu mula masuk ke
zaman baru apabila akhbar-akbar Melayu di Tanah Melayu mula membahaskan hal yang berkaitan dengan
orang-orang Melayu. Contohnya membahaskan
kedudukan sosio-ekonomi Melayu
yang mundur berbanding bangsa asing, kedudukan bahasa Melayu dan melaporkan
kegiatan kelab dan persatuan. Antara akhbar yang membahaskan isu ini ialah Lidah
Teruna,[14]
Perjumpaan Melayu,[15]
dan Pengasuh.
Lidah Teruna dan Perjumpaan
Melayu menjadi alat untuk
membincangkan masalah kemajuan Melayu dan menyebarkan ilmu
pengetahuan kepada pembaca.
Pengasuh pula membincangkan soal agama, mendaulatkan bahasa Melayu, menyiarkan
perkembangan persatuan dan kelab di Tanah Melayu, isu-isu pelajaran tinggi
dan politik semasa di Tanah
Melayu.
Seterusnya Idaran zaman[16]
dan Saudara[17]
turut memperjuangkan corak baru perjuangan Kaum Muda. Saudara sebuah
akhbar yang berpengaruh
di Malaya kini lebih mementingkan kemajuan politik, dan
sosial orang-orang Melayu
daripada ketelitian pertelingkahan agama antara Kaum Tua dan Kaum
Muda. Sebagai akhbar yang berpengaruh di Tanah Melayu Saudara telah
mengasaskan Persaudaraan Sahabat Pena Malaya
(PASPAM).[18]
PASPAM ialah sebuah pertubuhan pertama yang bersifat kebangsaan kerana
mempunyai ahli dari seluruh Semenanjung Tanah Melayu termasuk juga dari Brunei.
Manakala akhbar-akhbar yang kurang penting kerana jangka hayat yang pendek
ialah, “…Taman Pengetahuan, Bintang Sembilan, Perjumpaan Melayu dan Nun.”[19]
[5]ibid.
, hlm. 27.
[7]Neraca
diterbitkan di Singapura oleh Hj. Abbas
Tahan 1911-1915.
[8]Idaran
Zaman diterbitkan di Pulau Pinang 1925-1930.
[9]Saudara
diterbitkan di Pulau Pinang 1925-1930.
[10]W. R. Roff, Nasionalisma
Melayu, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 1975, hlm. 20.
[16]Idaran Zaman diterbitkan
di Pulau Pinang
antara tahun 1925-1930 dan Mohd.
Yunus Abdul Hamid menjadi Pengarang pertama.
[18]Tujuan penubuhan PASPAM
ialah bagi memperbaiki kebajikan orang-orang Melayu. PASPAM dipimpin oleh Syed Alwi, S. M
Zainalabidin, Sheikh
Abdullah Al-Maghribi dan
Hamidon Mohd. Hasyim.
Selepas persidangan pertama pada 11 November 1934 di Taiping bilangan
ahli PASPAM meningkat kepada 12000 orang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan