OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Unsur historiografi atau
pensejarahan yang terkandung atau dipaparkan oleh sesebuah akhbar Melayu kuat
dipengaruhi oleh pendirian individu, pengaruh zamannya, dasar kerajaan pada
zaman penjajahan British yang menyekat kebebasan akhbar dan organisasi,[1]
atau pengarang yang membuat penilaian moral dan komen mengikut pendapat dan
pandangan mereka sendiri.
Memandangkan akhbar merupakan
bayangan falsafah hidup masyarakat setempat, maka lahirlah akhbar-akhbar yang
mencerminkan falsafah itu. Misalnya Pengasuh, Neracha dan Saudara mencerminkan
unsur keagamaan. Isi kandungan Neracha dan Saudara, “…cenderung
ke arah perjuangan reformasi Islam,iaitu satu gerakan untuk memurnikan kembali
ajaran Islam dalam usaha mengembalikan kegemilangan Islam dan umatnya.”[2]
Menurut Md. Sidin Ahmad Ishak,
“…terdapat editor dan penulis Pengasuh yang turut memperjuangkan idea
Kaum Muda.”[3]
Bagi Khoo Kay kim pula, akhbar-akhbar bercorak keagamaan ini membincangkan
segala masalah orang Melayu “…daripada perspektif agama Islam.”[4]
Dari segi karya pensejarahan pula akhbar-akhbar ini, “…memberi tumpuan
penulisannya adalah kepada pensejarahan Islam.”[5]
Manakala menurut Muhd. Yusuf
Ibrahim, akhbar yang sekular orientasinya seperti Chahaya Pulau Pinang, Lembaga
Melayu,Utusan Melayu, Warta Malaya, Warta Ahad dan Lembaga Malaya
“…penulisan pensejarahan itu tidak tertumpu kepada pensejarahan Islam, malah
kepada peristiwa sejarah seperti sejarah tempatan, sejarah Eropah,
tokoh,peperangan, malah sejarah akhbar/ majalah itu sendiri.”[6]
Roff pula menyatakan, “ terdapat surat-surat khabar mingguan dan harian yang
tiada hubungan dengan agama bernama Utusan Melayu (1907-21) dan
Lembaga Melayu (1914-31). Kedua-dua unsur tersebut adalah bentuk-bentuk
nilai yang menyelubungi masyarakat Melayu ketika akhbar-akhbar itu berperanan.
[1]Undang-undang
hasutan diperkenalkan di Negeri-Negeri Selat
di bawah Ordinan No.11,1915 apabila dunia antarabangsa sedang mengalami
peperangan. Pihak berkuasa kolonial di Malaya semakin berhati-hati tentang
sentimen anti-British. Di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu,kawalan penerbitan
yang mengendungi unsure hasutan dibuat oleh Pesuruhjaya Tinggi di bawah Public
Emergency Enactment 1917. Untuk keterangan lanjut lihat Md. Sidin Ahmad
Ishak, Penerbitan Percetakan Buku Melayu 1807-1960, Dewan Bahasa dan
Pustaka, KualaLumpur, 1998, hlm.253-266.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan