Akisi pasukan Malaysia di
Calisthenics World Cup 2016 di Bahrain baru-baru ini. - Foto Ihsan BigUp Sports
BERNAMA
Sepang: Segala usaha gigih dan
latihan selama tujuh bulan ternyata membuahkan hasil apabila Team Malaysia
dianggotai lima remaja lelaki menjuarai Piala Dunia Calisthenics 2016 di
Bahrain.
Team Malaysia dianggotai dua
beradik Zulhilmi Nadzeri, 25, dan Zulfadli Nadzeri, 20, serta Shahrul Aizat
Jasri, 20, Sheikh Amirul Adli Sheikh
Gadaffi, 18, dan Engku Mohamad
Ikhwan Engku Shamsul, 18, menewaskan 10 pasukan seperti United Kingdom, Amerika
Syarikat, Mexico, Sepanyol dan Rusia.
Calisthenics atau senaman jalanan
adalah aktiviti fizikal yang sering dilakukan di gimnasium dan di kawasan
terbuka seperti taman rekreasi sejak Julai 2013.
Pasukan itu yang tiba di
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, hari ini, membawa
pulang wang tunai AS$10,000 dan piala. Mereka secara automatik mewakili
Malaysia ke kejohanan itu tahun depan. Ini kali pertama Malaysia menghantar
wakil menyertai kejohanan yang diadakan pada 2 hingga 3 Disember lalu.
Zulhilmi dan adiknya yang
menduduki ranking ke-11 dunia tahun lalu, menubuhkan Team Malaysia kira-kira
tujuh bulan lalu, yang menewaskan Sepanyol iaitu juara 2015 pada perlawanan
akhir.
SUMBER-Artikel ini disiarkan
pada : Isnin, 5 Disember 2016 @ 10:23 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan