ARKIB : 21/04/1999
KUALA LUMPUR 20 April - Dua
beradik Justin dan Gerald Read menjadi rakyat Malaysia pertama berjalan hingga
ke darjah terakhir Kutub Utara selepas mengharungi keadaan cuaca yang teruk.
Menurut satu kenyataan Benson
& Hedges Golden Dreams yang menganjurkan percubaan itu hari ini, kedua-dua
beradik itu sampai ke darjah terakhir Kutub Utara pada pukul 7.27 pagi (waktu
Malaysia) pada 19 April.
Menurutnya Justin, 19, dan
Gerald, 25, dari Petaling Jaya begitu gembira dengan kejayaan mereka menjejaki
kawasan kutub bumi itu dan mencipta rekod baru Malaysia.
Tambahan pula Justin mungkin
mencipta satu rekod baru dunia sebagai orang yang paling muda berjalan ke
darjah terakhir Kutub Utara.
''Hari terakhir merupakan
cabaran paling besar apabila pasukan itu mengharungi keadaaan cuaca yang begitu
teruk seperti angin kencang dan salji,'' menurut penganjur.
Menurutnya mereka telah
mendirikan khemah, melaporkan lokasi mereka ke kem pangkalan di Resolute Bay
dan kini menunggu untuk dipindahkan melalui udara.
''Pemindahan itu dijangka akan
tertangguh kerana keadaan cuaca yang teruk. Pasukan itu mempunyai bekalan
makanan yang mencukupi untuk melepasi cuaca buruk itu,'' katanya.
Darjah terakhir itu antara lain
memerlukan mereka berjalan sejauh 111km, di bawah suhu antara -10 dan -30
darjah centigrade.
Pasukan itu yang terdiri
daripada dua beradik berkenaan, seorang penunjuk arah dan dua krew filem,
memulakan perjalanan mereka pada 12 April. - Bernama
Sumber-Artikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1999&dt=0421&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=hn_04.htm#ixzz4Re6nyGIC
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan