Khamis, 22 Disember 2016

Jijoe kembali rampas takhta No 1 dunia

RABU, 7 DISEMBER 2016 @ 10:38 PM
 
Oleh Azidan Nahar azidan@bh.com.my LAMAN Facebook rasmi Team Malaysia di https://www.facebook.com/TeamMalaysia/posts/1340217576023446:0 KUALA LUMPUR: Jaguh berbasikal trek negara, Azizulhasni Awang kembali ke kedudukan nombor satu dunia acara keirin, hari ini.

Pemenang pingat gangsa Olimpik Rio dalam acara yang sama itu mengumpul 2,470 mata dalam senarai terbaru dikeluarkan Persekutuan Berbasikal Antarabangsa (UCI). Andrii Vynokurov dari Ukraine kedua dengan 2,380 mata manakala pelumba Republik Czech, Tomas Babek ketiga dengan 2,305.

Azizulhasni yang lebih dikenali sebagai Jijoe sebelum ini berkedudukan kedua dengan Joachim Eilers dari Jerman yang berkedudukan pertama jatuh ke tangga kelima apabila mengumpul 2,130 mata.

Azizulhasni menerusi laman sosial Facebook rasminya berkata, dia gembira kerana berada kembali di kedudukan pertama. "Terima kasih kepada setiap seorang daripada anda yang sentiasa memberikan saya sokongan padu. Biarlah keputusan yang menceritakannya," katanya.


Sumber-Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/221383

Tiada ulasan:

Catat Ulasan