OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Semasa pendudukan Jepun (1941-1945),
cuma10 buah akhbar sahaja diterbitkan.[1]
Ini kerana Jepun menguasai penerbitan akhbar-akhbar Melayu dan menerbitkan
akhbar-akhbar Jepun sendiri untuk menyiarkan propaganda menyokong Jepun.
Kesatuan Melayu Muda pimpinan Ibrahim Yaakob telah
menggunakan akhbar Warta Malaya dan Majlis untuk
menyalurkan perjuangan KMM.[2]
Pihak Jepun memberi bantuan kewangan kepada Ibrahim Yaakob untuk
membeli akhbar Warta Malaya yang menjadi alat untuk
membangkitkan Semangat anti-British di Malaya.
Akhbar yang selaras dengan kehendak Jepun
sahaja boleh diterbitkan. Contohnya Majlis menerbitkan akhbar Perubahan
Baru,manakala dipercetakan Utusan Melayu pula dikeluarkan Warta
Malai. [3]
Menurut Noriah,di Perak diterbitkan dua buah akhbar iaitu, Chahaya Timur dan
Berita Perak. Di Pulau Pinang diterbitkan akhbar Penang Shimbun Sha dan
Pancaran Matahari. Manakala di Kuala Lumpur diterbitkan akhbar Perubahan
Baru dan Berita Malai.[4]
[2]KMM
ditubuhkan oleh Ibrahim Yaakob pada Ogos 1938
dan berjuang untuk menyatukan Tanah Melayu dengan Indonesia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan