OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Sebelum sampai ke Kompleks Sejarah Pasir Salak saya terlebih dahulu sampai di Kampung Gajah, Perak.Kapung Gajah merupakan nama kampung yang agak unik. Kapung ini diberi nama Kampung Gajah berdasarkan kepada tiga kisah lagenda. Pertama, Kampung Gajah dinamakan Kampung Gajah kerana dipercayai banyak didapati gajah-gajah yang berkeliaran di Bukit Tunggal dalam Kampung Gajah. Gajah-gajah ini hidup dengan memakan tanaman-tanaman yang diusahakan oleh penduduk, seperti pokok pisang dan kelapa, yang gajah suka makan umbutnya. Dari sinilah dipercayai kampung itu dinamakan Kampung Gajah.[1]
Legenda kedua ialah sewaktu tentera-tentera Siam datang hendak menyerang Kampung Gajah mereka melihat banyak kesan-kesan tapak kaki gajah dalam sawah dan di tebing sungai yang menimbulkan rasa cemas dan takut di hati mereka. Justeru mereka membatalkan hasrat mereka untuk menyerang Kampung Gajah. Sedangkan apa yang mereka lihat itu bukannya tapak kaki gajah yang sebenarnya, tapi kaki manusia yang membesar dan membengkak kerana diserang oleh penyakit untut yang berpunca dari gigitan sejenis nyamuk yang dipanggil elephhhantiatis yang banyak terdapat di paya-paya tropika.
Legenda ketiga berhubung dengan sebuah batu besar yang menyerupai seekor gajah yang terletak di kaki Bukit Tunggal. Batu Gajah itu mengikut legenda berasal dari seekor gajah yang telah disumpah oleh makhluk halus yang dipanggil Sang Kelembai. Makhluk ini dipercayai tinggal dalam hutan dan tidak suka mendengar bunyi bising. Bila ada sesiapa membuat bising, Sang Kelembai yang dipercayai mempunyai kuasa sakti akan menegur, dan bila ditegur manusia atau binatang yang membuat bising itu terus bertukar menjadi batu.[2]
Fot0 1: Kapung Gajah
[1] Pondok Rahmat, “Kampung Gajah Dalam Lakaran Sejarah Perak”, http://pondokrahmat .blogspot.my/2013/11/kampung-gajah-dalam-lakaran-sejarah.html (diakses pada 23 Disember, 2016).
[2] Ibid.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan