OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
1.1 Beberapa Pertubuhan Sebelum dan selepas Perang.
Kegiatan berpersatuan mulai wujud di
Pasir Puteh sejak penghujung 1920-an. Bertolak dari sini ia menelurkan pula
berbagai-bagai pertubuhan pada tahun-tahun kemudinnya, termasuklah pertubuhan
politik UMNO.
1.1.1
New Club.
Pada awal abad kedua puluh, terdapat
sebuah pertubuhan sosio-budaya di Pasir Puteh yang dikenali sebagai New Club.
Tarikh penubuhannya tidaklah diketahui, tetapi ia dianggarkan ditubuh pada awal
1927.[1]
Persatuan New Club ini bertujuan untuk menggalakkan penduduk tempatan
menghasilkan penulisan yang bermutu untuk dimuatkan di dalam Majalah Terot. Ia
juga bertujuan untuk mengthidupkan kebudayaan setempat dan memimpin kaum belia
untuk menghadapi perubahan dan kemajuan zaman.[2]
Aktiviti-aktiviti New Club ini berpusat
di sebuah kelab yang terletak berhampiran dengan Sungai Semerak, iaitu di Tapak
Pejabat Perhutanan Pasir Puteh sekarang. Salah satu perjuangan penting New Club
ialah menerbitkan Majalah Terok yang menjadi lidah rasminya pada 15 Mac, 1927.[3]
Majalah bulanan yang diterbitkan alam
tulisan jawi ini merupakan majalah pertama diterbit dan dicetak di Pasir Puteh.
Ia memuatkan penulisan-penulisan yang berbentuk keagamaan, ilmu
pengetahuan,kesenian dan kebudayaan. Manakala pengarangnya pula terdiri dari
Tunku Ismail Pekerma Tunku Raja yang mula bertugas pada 15 Mac 1927, iaitu
ketika keluaran sulung majalah diterbitkan. Memandangkan kerja-kerja
menerbitkan majalah ini semakin bertambah, maka Tunku Ismail kemudiannya
dibantu oleh Mohamad Daud Haji Mohammad Salleh.[4]
[1]
Aziz Deraman, “Kelantan Dalam Perspekf Sosi-Budaya,” dlm.Warisan Kelantan V,Kota
Bharu: Perbadanan Muzium Negeri Kelanta, 1986, hal..6
[2]
Temu bual dengan Hj.Mohammad Idris pada 25.8.87, di Jalan Che Yeh, Pasir Puteh,
Kelantan.
[3] A.M
Iskandar Hj Ahmad, Persuratkhabaran Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka,1980 hal.26.
[4] Ibid.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan