Ahad, 19 Mac 2017

Yang di-Pertuan Agong mangkat

ARKIB : 21/11/2001
KUALA LUMPUR 21 Nov. - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah mangkat hari ini.

Seri Paduka mangkat pada pukul 11.57 pagi di Pusat Perubatan Gleneagles Intan, Jalan Ampang di sini.

Seri Paduka berusia 75 tahun.

Kemangkatan Seri Paduka diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad menerusi siaran televisyen tengah hari ini.

Perdana Menteri mengisytiharkan seluruh negara berkabung selama tujuh hari mulai hari ini dan bendera dikibarkan separuh tiang.

Esok pula diisytiharkan cuti umum bagi membolehkan rakyat menziarahi jenazah Seri Paduka, sembahyang jenazah Almarhum dan mengadakan tahlil.

Serentak itu, semua majlis rasmi kerajaan yang dijadualkan hari ini dan esok dibatalk
SUMBER-Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2001&dt=1121&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_02.htm#ixzz4bpPUkUtB

© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan