ARKIB : 05/09/2000
ORANG ramai mengerumuni Proton Waja
setelah Pasukan Pemanduan Mahir EON menunjukkan kehebatan kereta itu dalam Waja
Stunt Vaganza di pekarangan Stadium Darul Aman, Alor Setar, Kedah, semalam.
Proton Waja mendapat sambutan luar
biasa di seluruh negara apabila kira-kira 8,500 unit terjual setakat ini sejak
tempahannya dibuka 31 Ogos lalu.
Jumlah tempahan itu adalah pencapaian
tertinggi bagi penjualan kereta keluaran Proton dan mengikut Pengurus Kanan
Pemasaran Edaran Otomobil Nasional (EON), Abdul Razak Dawood: ''Kami menjual
Proton Waja seperti menjual goreng pisang panas.''
Pengarah Eksekutif Kumpulan Motor EON,
Donald Choo pula berkata, tempahan Waja yang mencapai 8,500 unit itu akan
menyebabkan para pembeli terpaksa menunggu satu hingga lima bulan untuk
memiliki kereta idaman mereka.
Bilik-bilik pameran EON di seluruh
negara, menurut Donald, diserbu oleh orang ramai yang ingin membuat tempahan kerana
tertarik dengan harga yang rendah sedangkan kualitinya setanding dengan model
kereta mewah.
''Kerana permintaan yang tinggi, 2000
pembeli pertama dijangka menerima kereta mereka dalam tempoh satu atau dua
bulan, manakala, yang lain antara tiga hingga lima bulan,'' kata Donald kepada
- Bernama.
Sumber-Artikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2000&dt=0905&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=fp_02.htm#ixzz4b0FvgknV
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan