ARKIB : 09/05/2001
SETELAH kejayaan Datuk Azhar
Mansor melakukan pelayaran secara solo mengelilingi dunia kini, Shamsurrijal
Abdul Jamil tampil untuk membuktikan kemampuannya serta kereta buatan Malaysia,
Proton Wira mengelilingi dunia untuk laluan sejauh 70,000 kilometer meliputi 62
negara.
Projek yang dipanggil Jalur
Gemilang II itu bertujuan untuk membuktikan masyarakat dunia bahawa Malaysia
mempunyai teknologi dan rakyat yang mampu meredah dunia.
``Saya terpanggil untuk
melakukan projek ini kerana negara akan terlibat dengan pewujudan kawasan
perdagangan bebas Asean - AFTA 2003 dan Pertubuhan Perdagangan Antarabangsa
(WTO) yang merupakan cabaran besar kepada pengusaha pelbagai industri di negara
ini.
``Projek ini bertujuan
mempromosikan dan membuktikan kemampuan produk kita iaitu kereta tempatan
disamping beberapa teknologi yang digunakan sepanjang ekspedisi ini,'' katanya
pada sidang akhbar di Kuala Lumpur, semalam.
Majlis itu turut dihadiri
Timbalan Menteri Suber Manusia, Abdul Latiff Ahmad yang berperanan sebagai
pengerusi dan Tajul Arifin A. Jamil selaku pengurus projek.
Menurut Shamsurrijal, dia
menjangkakan akan memulakan ekspedisi itu pada bulan Jun dan berakhir sekitar
November depan.
``Memandangkan moto projek
adalah semangat pencapaian Malaysia 2001, maka ekspedisi ini perlu dimulakan
dan ditamatkan tahun ini juga,'' katanya.
Menurut jurukur bahan berusia
36 tahun itu menganggarkan projek itu akan menelan belanja RM5 juta.
``Projek ini lebih tertumpu
kepada penggunakan teknologi tinggi termasuk pengesanan kereta dari mana-mana
bahagian dunia melalui satelit,'' katanya.
Sumber-Artikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2001&dt=0509&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_08.htm#ixzz4bb2Az7DZ
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan