ARKIB : 27/07/2000
LT. JEN. ZAINI menyaksikan satu
istiadat kaum Iban menyambut tetamu di pasukan 5 RRD dalam satu lawatan
ringkas.
Di samping itu ia merupakan
warisan daripada semangat pengorbanan, keberanian dan kepahlawanan perwira dan
perajurit batalion ini sejajar dengan ungkapan melalui cogankata 'Agi idup agi
ngelaban, yang membawa maksud 'selagi ada hayat selagi itu sedia berjuang dan
berkorban'.
Batalion Kelima Renjer Diraja
telah ditubuhkan pada 16 Mei 1969 di Kem Sungai Udang, Melaka. Ketika itu
batalion ini dikenali sebagai Batalion Kedua Rejimen Infantri dan kemudiannya
ditukarkan kepada Rejimen ke-12 Askar Melayu Diraja dan sekali gus ditukarkan
kepada Batalion Kelima Renjer.
Pegawai Memerintah pertamanya
ialah Lt. Kol. Zainal Abidin Hj Jawati. Sekarang ini Lt Kol Jeyabalan a/l G.
Sinnadurai, yang merupakan Pegawai Pemerintah yang ketujuh belas mengambil alih
dari Lt. Kol. Naharuddin Shaari sejak 2 November tahun lalu.
"Pasukan ini mempunyai
sejarah tersendiri iaitu beberapa pegawai dan anggota telah mengharumkan nama
negara apabila telah dikurniakan bintang keberanian di atas semangat perjuangan
dan pengorbanan mereka dan, kejayaan membunuh pengganas komunis yang satu
ketika dulu bermaharajalela di negara ini,'' kata Jayabalan yang berasal dari
Negeri Sembilan, mendapat latihan pegawai kadet di maktab ketenteraan terkemuka
Sandhurst, United Kingdom.
"Di antara mereka yang
dianugerahkan bintang Panglima Gagah Berani (PGB) ialah Kapten Shanmuganathan
a/l E.Arapoo dan Renjer Mat Isa Hassan. Kedua-dua pahlawan ini telah gugur di
medan pertempuran sewaktu Ops Indera 1 pada 11 Januari 1974 dan Lt. Muda
Mohamad Basri Din, di atas keberaniannya sewaktu Ops Indera IV pada 7 Disember
1974. Seramai lapan pegawai dan lain-lain pangkat telah dikurniakan Pingat
Kepujian Perutusan Keberanian (KPK),'' katanya lagi, yang pernah menjadi
pemerhati PBB misi UNOMOZ selama hampir setahun, awal tahun 1994.
Sejak tertubuhnya batalion ini
pasukan telah berpindah sebanyak lapan kali di beberapa negeri di Semenanjung
dan Sarawak.
Sekarang ia berpangkalan di Kem
Desa Pahlawan, Kelantan sejak berpindah dari Kem Tasik Biru, Bau Sarawak mulai
20 November 1993.
Di antara kejayaan pasukan semasa
era ancaman komunis ialah yang menjadi lipatan sejarah antaranya semasa Ops
Jala Raja bersama Batalion 1 RRD dan 'Border Scout' Sarawak di kawasan
Meradong, Binatang Sarawak seramai 4 orang pengganas komunis telah di bunuh.
Pada 6 Februari 72, semasa Ops
Indera tahun 1974, di Karak Bentong, Pahang seramai dua pengganas dibunuh, pada
9 Jan 1976 pula semasa melaksanakan Ops Ukur, di Telok Melano, Lundu Sarawak
pasukan telah berjaya membunuh seorang pengganas Komunis dalam serang hendap
dan semasa Ops Tuah pada 19 Dis 84, di kawasan Kuala Kubu Baharu, Hulu Selangor
seorang pengganas Komunis telah berjaya dibunuh.
Pasukan juga terlibat di Bosnia
Herzegovina iaitu seramai lapan pegawai dan 170 lain-lain pangkat melaksanakan
tugas di bumi Balkan sejak 25 Disember 97 hingga 10 Julai 98 lalu yang diketuai
oleh Lt. Kol. Naharuddin Shaari sebagai Timbalan Komander SFOR.
Kejayaan demi kejayaan pasukan
ini adalah hasil kerjasama dan semangat setiakawan di kalangan semua peringkat
pegawai dan lain-lain pangkat.
Semasa negara gempar dengan
wabak JE setahun lalu dan penglibatan tentera diperlukan, pasukan ini telah
menghantar seramai tiga pegawai dan 104 anggota lain-lain pangkat membantu
pihak berkuasa awam dalam operasi memusnahkan babi, di sekitar Bukit Pelanduok
dan Sepang.
Kumpulan pasukan ini telah
berjaya membunuh lebih dari 200,000 ekor babi.
Menurut ketua kumpulan tersebut
Mej P. Subramaniam yang juga ketua kompeni Bravo, kumpulannya terlibat di Ops
Pelandok II Sepang di bawah naungan 11 Briged memulakan tugas pada 1 April 99
hingga 11 April 1999.
"Kumpulan kami ditugaskan
disatu kawasan sang High risk kerana terdapat dua kematian di ladang tersebut.
Walau bagaimanapun semangat anggota dan moral mereka tinggi demi untuk
menjalankan tugas negara, kami berjaya membunuh lebih dari 200,000 babi,''
katanya.
Beliau yang telah berkhidmat
hampir 20 tahun juga pernah bertugas di Livno Bosnia, berpendapat operasi
tersebut memberi banyak pengalaman yang bagus dan melatih diri serta
anggota-anggotanya keyakinan diri, serta memberi satu pengalaman baru yang
sukar dijual beli dalam melaksanakan operasi yang berisiko tinggi.
Selain itu satu platun dari
pasukan 5 RRD ini berjaya menghindarkan binatang buas iaitu harimau dari
mengganas di perkampungan Meranto, penglibatan 1 platun yang diketuai oleh Lt.
Muda Raymond a/k Unggah dalam 'Ops Tiger' berjaya meyakinkan penduduk setempat
tentang kehadiran pasukan tentera.
Menurut platun sarjan, Sarjan
Nohin a/k Basey operasi ini memberi satu pengalaman baru kepada beliau.
Jelas kelihatan tapak harimau,
dengan kerjasama Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara
(Perhilitan) berjaya memberi keyakinan kepada penduduk tempatan di samping itu
kami memberi bantuan perubatan kepada Orang Asli.
Manakala Kpl Patrick Untai a/k Chaba
juga berpengalaman mencari Food Dump, pengganas Komunis pada tahun 1985 di
sekitar Hulu Yam, Selangor.
Pasukan yang mempunyai
kepelbagaian dalam adat resam dan budaya soal pentadbiran dan disiplin serta
moral anggota bawahan perlu dijaga dan sentiasa dibajai sebilang masa.
Sebagai seorang pegawai tak
bertauliah yang terkanan dalam pasukan ini Pegawai Waren Satu Khairi Ali
memainkan peranan penting dalam soal disiplin dan regimental, beliau yang
merupakan Sarjan Mejar Rejimen (RSM) yang ke-18 berkhidmat dengan pasukan ini
sejak awal Januari 1999.
Ketika ditemui, beliau yang
sedang mengajar kawad panji-panji kepada pegawai muda yang baru ditauliahkan
dan anggota lain-lain pangkat menjelaskan setiap anggota perlu patuh kepada
arahan-arahan yang diberikan.
"Nasihat saya setiap
anggota haruslah bekerja kuat demi untuk agama bangsa dan negara, tak kira di
mana mereka berada, bila ada masalah datang jumpa saya, saya sedia terima
anggota dan berbincang sebab saya suka mereka menceritakan sendiri dan kita selesaikan
secara bersama,'' kata Khairi yang pernah bertugas di Somalia dan berasal dari
kampong Batu Hitam, Pasir Puteh, Kelantan.
Sumer-Artikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2000&dt=0727&pub=Utusan_Malaysia&sec=Gaya_Hidup&pg=ls_01.htm#ixzz4aYa2M1Hd
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan