02 Julai 2016 1:28 AM
KUALA LUMPUR 1 Julai – Pelakon veteran Datuk Aziz Singah, 75, kembali ke rahmatullah akibat penyakit kanser prostat sekitar pukul 11.30 malam ini.
Aziz Singah
Berita sedih itu disampaikan sendiri oleh anak beliau, Ruzaimi Aziz.
Allahyarham Aziz popular menerusi drama bersiri Sembilu Kasih meninggal dunia akibat kanser prostat tahap empat yang sebelum ini menerima rawatan di hospital.
Penghujung Mei lalu, beliau dimasukkan ke Institut Kanser Negara, Putrajaya selepas kanser terbabit merebak dan menjejaskan kondisi tubuh badannya.
Bekas kakitangan RTM yang berasal dari Negeri Sembilan memulakan karier di Radio Singapura itu juga pernah terkenal dalam drama bersiri Puspa Jaya Holdings (PJ Holdings) sekitar tahun 1980-an.
- SUMBER: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/aziz-singah-meninggal-dunia-1.349237#sthash.WBjpX3du.dpuf
Tiada ulasan:
Catat Ulasan