Sejak Felda ditubuhkan
masyarakat Peneroka telah menerima pelbagai faedah tidak sahaja semata-mata
berkaitan dengan pendapatan tetapi juga soal-soal sosial seperti pendidikan,
kesihatan dan kemudahan asas lain yang disediakan di kawasan pembukaan Felda yang
baru. Para peneroka sendiri tidak ketinggalan menjalankan pelbagai kegiatan
untuk memperbaiki nasib mereka. Pada
hari ini 2 Julai 1989, Y.A.B. Timbalan Perdana Menteri telah merasmikan
Pertubuhan Peneroka Felda Bukit Goh, Kuantan, Pahang. Penubuhan peneroka ini
bertujuan untuk meningkatkan lagi penglibatan dan peranan Ketua-ketua Peneroka
dalam mengambil alih pengurusan pembangunan sosio ekonomi oleh peneroka di
rancangan mereka sendiri. Dan apabila sudah mempunyai kemampuan pertubuhan-
pertubuhan sebegini akan mengambil alih pengurusan rancangan sepenuhnya apabila
kemampuan sudah terbukti. Dengan adanya, pertubuhan-pertubuhan sebegini akan
dapat menambahkan peluang para peneroka terlibat secara langsung dalam membuat
keputusan-keputusan dasar di peringkat rancangan khususnya dan akhirnya
peneroka akan dapat meninggikan pendapatan mereka.
SUMBER-http://www2.arkib.gov.my/hids
Tiada ulasan:
Catat Ulasan