OLEH- AHMAD BIN YAAKOB
Kerajaan Islam telah ditubuhkan
di Madinah. Negara Islam tersebut diketuai oleh Nabi Muhammad SAW yang juga
merupakan seorang Nabi dan Rasul.Pemerintahan di Madinah bersifat negara kota.
Nabi Muhammad SAW telah meletakkan asas pemerintahan mengikut pengurusan dan
pentadbiran Islam yang sebenar.
Di Madinah, baginda telah berjaya
menggubal Piagam Madinah. Piagam yang digubal tersebut mengandungi 47 fasal
yang menerangkan tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan umat Islam dan
bukan Islam. Oleh itu, piagam tersebut dapat menjadi teras peraturan hidup
masyankat baharu Madinah yang terdiri daripada masyarakat yang berbilang kaum.[1]
Kedudukan Nabi Muhammad SAW
sebagai pemimpin tertinggi di Madinah.
Nabi menjadi Ketua Badan Eksekutif,legislatif dan kehakiman.
Al-Quan sebagai dasar pemerintahan.
Dasar pentadbiran.
a)Mengukuhkan akidah Islamiah.
b)Agama Islam sebagai landasan
dan rujukan
c)Majlis syura dan amalan
musyawarah dalam pentadbian.
d)Piagam Madinah sebagai
Perlembagaan Negara.
e)keadilan sosial.
Pembentukan pasukan tentera.
Masjid sebagai institusi
terpenting.
Pusat pemerintahan, pusat
ibadat,pusat penyebaran ilmu, pusat kebudayaan dan pusat pertemuan umat Islam
dalam menyelesaikan sebarang masalah rakyat.
Usaha-usaha Nabi selepas
berjaya menubuhkan negaa Islam di Madinah.[2]
a)Memperkasakan perpaduan.
b)Memakmurkan masjid.
c)Menjadikan al-Quran dan Hadis
sebagai asas pemerintahan.
d)Melaksanakan Piagam Madinah
e)Memimpin melalui teladan.
f)Penyingkiran golongan Yahudi.
g)Membendung kaum munafik.
h)Mempekenalkan pelbagai sistem
Islam seperti ekonomi Islam,sistem sosial Islam, perundangan Islam dan
kebebasan beragama.
i)Hubungan antabangsa.
j)Memperkasakan sistem
pertahanan negara.[3]
[1] Mahayudin
Hj.Yahya et.al.,Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2, Edisi Kemaskini (Shah
Alam:Oxford Fajar,2013),36.
[2]Sistem
Pemerintahan”,dalam Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM
Sejarah, (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013),9.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan