OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Abrahah membina gereja paling
besar di Yaman yang dinamakan al-Qulais. Abrahah menghantar laporan kepada
Najasyi memberi tahu beliau sudah membina gereja paling besar di Yaman. Dia
memerintahkan suku kaum Arab mengerjakan ibadah Haji di Yaman. Abrahah mula
menghantar utusannya kepada suku-suku kaum Arab supaya mereka datang
mengerjakan haji di al-Qulais,
Apabila berita ini sampai kepada salah
satu suku Arab yang paling mengagungkan Kaabah, salah seorang daripada mereka
datang ke al-Qulais. Lalu dia mebuang air besar di situ dan disapunya ke
dinding al-Qulais. Apabila Abrahah mendapat tahu orang yang membuat angkara
angkara itu daripada suku Arab yang
sangat mencintai Kaabah, Abrahah marah dan mempersiapkan tenteranya hendak
meruntuhkan Kaabah. Dia bersama gajahnya yang besar bernama Mahmud.[1]
Dalam perjalanan Abrahah menuju Kaabah ,
ada beberapa suku Arab datang menyerang tentera Abrahah bagi menyekatnya
daripada meruntuhkan Kaabah. Tetapi mereka semua dapat dikalahkan dengan mudah
oleh tenteranya yang gagah dan legkap dengan senjata itu.
Apabila Abrahah tiba di Taif, orang
Taif tidak berani menyekat Abrahah.
Sebaliknya mereka berlepas tangan daripada mempertahankan Kaabah. Bahkan mereka
menghantar wakil mereka bagi menunjukkan jalan ke Kaabah kepada AbrahahWakil
orang-orang Taif ini adalah Zu Rughal.Apabila tentera Abrahah sanpai
berhampiran dengan Mekah, mereka merampas binatang-binatang ternakan
orang-orang Mekah. Antara yang dirampas ialah 200 ekor unta milik Abdul
Muttalib.
Abdul Muttalib meminta Abrahah
mengembalikan binatang ternakannya dan binatang ternakan orang-orang Mekah yang
dirampas oleh tentera Abrahah. Abrahah terkejut mendengar permintaan itu.
Abrahah menyangka Abdul Muttalib ingin meminta belas kasihannya supaya jangan
menggangu Kaabah.Abdul Muttalib berkata, aku tuan punya unta-unta ini. Kaabah
itu ada tuan yang menjaganya. Kalau Kaabah itu rumah Tuhan, pasti Tuhan
menjaganya.
Dengan itu Abrahah mengembalikan ternakan
yang dirampasdan berjanji tidak akan menggangu orang Mekah. Dia ingi merobohkan
Kaabah.Abdul Muttalib pulang kepada kaumnya dengan membawa semula binatang ternakan mereka yang dirampas dan mengajak
mereka keluar dari Mekah menuju ke Bukit berhampiran. Dari bukit itulah orang-orang
Mekah dengan hati yang hiba dan cemas memerhatikan apa yang hendak dilakukan
oleh Abrahah kepada Kaabah
Pada hari yang ditentukan. Abrahah
mengarahkan tentera bergajahnya menuju ke arah Kaabah bagi merobohkannya.
Tetapi gajahnya tidak mahu bergerak.walau pun dipikul. Apabila dihalakan ke
arah Kaabah, gajah itu tidak mahu bergerak. Pada masa itu juga kelihatan li langit awan hitam. Apabila kehitam-hitaman
itu semakin dekat, rupa-rupanya itu adalah sekumpulan burung Ababil yang setiap
ekor daripadanya membawa tiga biji batu.
Sebaik sahaja tiba, burung-burung ity
melepaskan batu-batu kecil ke atas tentera Abrahah. Apabila batu-batu kecil itu
mengena tentera Abrahah, mulalah gaging-daging haiwan itu berguguran dan
menjadi hancur. Ramai tentera Abrahah yang mati.[2]
Ketika itu wabak cacar datang berkecamuk menimpa pasukan Abrahah dan
membinasakan mereka. Abrahah merasa ketakutan sekali. Pasukannya diperintah
pulang kembali ke Yaman.Abrahah sampai ke Sanaa tetapi badannya sudah
dihinggapi penyakit. Tak lama kemudian Abrahah mati seperti anggota pasukannya
yang lain.Orang Mekah mencatat peristiwa ini sebagai Tahun Gajah.[3]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan