ARKIB : 22/01/2007
KARACHI - Airil Rizman Zahari
muncul pemain golf profesional kedua Malaysia selepas Danny Chia melakar
sejarah dengan meraih gelaran dalam Jelajah Asia apabila dinobatkan selaku
juara Terbuka Pakistan, di sini semalam.
Airil Rizman, 29, pemain nombor
satu Order of Merit MPGA 2006 muncul juara dengan kelebihan dua pukulan pada
kejohanan bernilai RM1.4 juta (AS$300,000).
Beliau yang menduduki tempat
ke-46 pada Kejohanan Golf Terbuka Malaysia tahun lalu beraksi cemerlang pada
hari terakhir dengan melakar empat birdie dan dua bogey untuk membuat dua bawah
par 70.
Keseluruhan Airil Rizman
mengumpul 19 bawah par 269 pukulan untuk muncul juara pada saingan pertama
dalam kejohanan golf Jelajah Asia tahun ini yang berlangsung di lapangan Kelab
Golf Karachi.
Airil Rizman melakar sejarah
tersendiri dan mengharumkan nama Malaysia dalam sukan golf di peringkat Asia
untuk muncul pemain kedua negara memenangi gelaran dalam Jelajah Asia.
Kemenangan bersejarah buat
pemain itu memastikan dia membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM166,313
(AS$47,550)
Dengan kelebihan dua pukulan,
pemain negara menyingkirkan pemain dari Australia, Scott Hend (69).
Pemain dari England, Simon Hurd
berada di tempat ketiga (72) dengan 274 pukulan manakala pemain tuan rumah,
Muhammad Shabbir (71) ketinggalan tujuh pukulan untuk berada di tempat keempat.
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0122&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_06.htm#ixzz4sp6eoTRB
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan