Pendahuluan
Menjelang abad ke-19 Jepun mengalami perkembangan pesat
dalam bidang perindustrian. Kerajaan Meijitelah melaksanakan pelbagai
pembaharuan bagi merangsang petumbuhan ekonomi. Dasa kerajaan merupakan faktor
utama yang mendorong pertumbuhan sektor perindustrian di Jepun. Namun terdapat
faktor-faktor lain yang merangsang pertumbuhan industi di Jepun.
Isi-isi penting
1.Dasar kerajaan Meiji
Kerajaan Meiji memberi bantuan modal, menyediakan latihan
industi dan khidmat nasihat kepada pengusaha industri serta mendapatkan khidmat
pakar dari luar negara untuk memodenkan sektor peindustian. Galakan dan bantuan
dari kerajaan telah menyebabkan sektor perindustrian berkembang pesat.
2.Kemajuan pengangkutan.
Kerajaan Meiji mengambil langkah membangunkan kemudahan
pengankutan di Jepun. Pada tahun 1872, landasan keretapi sepanjang 26 batu
menghubungkan Tokyo dan Yokohama dibina. Pada tahun 1878 pula landasan
keretaapi dibina bagi menghubungkan Kyoto, Otsu, Tsuruga dan Nagahama. Kemajuan
dalam bidang pengangkutan merangsang perkembangan sektor peindustian.
3.Sistem perhubungan
Kerajaan Jepun mengambil langkah untuk membangunkan
sistem pehubungan seperti telegaf bagi memudahkan perhubungan dan komunikasi.
Menjelang tahun 1893 talian telegaf sepanjang 4000 batu didirikan di seluruh
Jepun.Kemajuan telegaf merangsang
perkembangan sektor peindustian Jepun.
4.Perkembangan pertanian.
Kemajuan dalam bidang pertanian meletakkan asas bagi
pertumbuhan sektor perindustrian. Antara
langkah yang diambil ialah dengan menghantar pelajar dalam bidang pertanian ke
luar negara, mendirikan sekolah dan maktab pertanian serta menggalakkan
pengajian serta penyelidikan dalam pertanian di seluruh negara. Pertumbuhan
pesat dalam bidang pertanian menyediakan modal bagi pelaburan dalam sektor
perindustian.
5.Dasar kewangan
Pengurusan kewangan yang teratur dan sistematik
merangsang pertumbuhan bidang perindustrian. Kerajaan memperkenalkan institusi
kewangan seperti bank dan mata wang bagi membangunkan ekonomi negara.Bank
ditubuhkan pada tahun 1873 manakala Bank Pusat Jepun didirikan pada tahun 1882.
Menjelang akhir abad ke 19, tedapat lebih kurang 200 bank di seluruh
negara.Institusi bank menyediakan pinjaman kewangan bagi membantu perkembangan sektor peindustian Jepun.
6.Kemunculan pengusaha baru.
Perkembangan sektor perindistrian didorong oleh
kemunculan pengusaha-pengusaha baru yang kaya-raya. Pada awal abad ke-20
terdapat empat buah keluarga dikenali
sebagai Zaibatsu yang menguasai sektor
perindustrian di Jepun. Zaibatsu menjadi penaung kepada perkembangan sektor
perindustian di Jepun.
Kesimpulan
Dasar kerajaan Meiji merupakan faktor utama yang menggalakkan
pertumbuhan perindustrian di Jepun.Bantuan kewangan, latihan perindustrian dan
khidmat nasihat yang diberikan oleh kerajaan menyebabkan sektor perindustrian
berkembang pesat di Jepun.
SUMBER- Sivachandralingam Sundara Raja dan Ayadurai Letchumanan, Sejarah Dunia 1500-1955 (Shah Alam: Oxford Fajar 2015),462-463.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan