OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Kaabah hanyalah bangunan daripada
batu yang bersusun-susun.Bagaimana
hendak memanggil orang supaya datang menziarahi Kaabah?Oleh itu, Tuhan
memerintahkan Ibrahim membuat seruan kepada manusia. Tuhan menegaskan tugas
Ibrahim hanyalah membuat seruan. Dialah yang menyampaikannya kepada manusia.
Ibrahim pun naik ke Bkit Arafah yang
terletak dekat dengan Kaabah dan telaga Zamzam. Dari atas bukit itu beliau
menyeru manusia dari seluruh dunia supaya datang menziarahi Kaabah. Suara
Ibrahim didengari oleh semua manusia dan Tuhan menjatuhkan ke dalam hati mereka
rasa cinta bagi memuliakan Kaabah. Dengan itu bermulalah orang ramai datang
melakukan ibadah Haji ke Kaabah, khususnya
mereka dari Semenanjung Arab. Mereka menghormati dan memuliakan Kaabah. Dengan itu
bermulalah ibadah Haji. Sejak dari itu seluruh bangsa Arab menganut agama
Ibrahim yang menyembah hanya satu Tuhan.[1]
[1] Zulkifli
Mohd. Yusoff da Noor Naemah Abd. Rahman, Biogrfai Muhammad bin Abdullah ( Batu
Caves : PTS Islamika Sdn Bhd,2015), 4.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan