Isnin, 18 September 2017

Inovasi emas



Mohamad Yatim Latip
am@hmetro.com.my
 
Melaka: Rekaan inovasi rak pelbagai guna 'My-Cute Box' oleh murid tahun lima Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Udang, Nur Irrina Balqis Mohd Farriz,merangkul pingat emas dengan kepujian pada pertandingkan Pameran Reka Cipta Antarabangsa di Geneva, Switzerland, berlangsung 13 hingga 17 April lalu.

Selain itu, Nur Irrina Balqis turut menerima dua Anugerah Khas daripada Sharjah Youth, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Mesir bagi produk inovasi dipersembahkan pada pameran yang sama.

Nur Irrina Balqis berkata, rak pelbagai guna itu dihasilkan daripada barangan terpakai seperti botol air mineral atau air berkarbonat dan bahagian penyambung dihasilkan daripada polikarbonat sebagai rangka kepada My-Cute Box.

“My-Cute Box ini boleh dijadikan rak kasut, rak buku atau meja kopi.

"Idea menghasilkan My-Cute Box timbul selepas melihat terlalu banyak botol air mineral terpakai pelbagai saiz yang dibuang. Saya mencari cara bagaimanana untuk menggunakan semula bahan itu demi menjaga alam sekitar," katanya ketika ditemui di SK Sungai Udang, di sini, hari ini.

Menceritakan mengenai rekaannya Nur Irrina Balqis berkata, My-Cute Box berfungsi sebagai kotak penyimpanan pelbagai guna yang menarik, ringkas, ringan, mudah alih serta tahan lasak.

Menurutnya, pengguna boleh menentukan sendiri rekabentuk dan ruang penyimpanan yang mereka inginkan mengikut kreativiti masing-masing kerana produk berkenaan menggunakan konsep DIY (Do It Yourself).

Anak sulung daripada dua beradik itu berkata, minatnya dalam bidang rekacipta bermula sejak berusia lapan tahun, malah dorongan kuat ibu bapanya serta kerjasama pihak sekolah menjadikan dia lebih bersemangat dan tertarik pada bidang berkenaan.

SUMBERArtikel ini disiarkan pada : Khamis, 28 April 2016 @ 8:21 PM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan