oleh-AHMAD BIN YAAKOB
Hasil Pembelajaran-
Menghuraikan langkah-langkah mencapai kemerdekaan.
Pejuang nasionalis Myanmar
telah menjalin kerjasama dengan Jepun sebelum pendudukan Jepun di Myanmar lagi.
Pejuang nasionalis radikal seperti Aung
San dan 30 orang Thakin yang telah melarikan diri ke Jepun akibat penentangan
mereka terhadap British dan mereka menubuhkan Tentera Kemerdekaan Burma (TKB)
pada tahun 1941.[1]
Pada1 Ogos1943, pentadbiran tentera Jepun
dibubarkan dan Myanmar diistiharkan merdeka oleh Jepun dan Dr Ba Maw dilantik
sebagai Perdana Menteri. Aung San sebagai Menteri Pertahanan dan U Nu sebagai
Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri. Meskipun begitu, pentadbiran Jepun masih
mengusai pelbagai bidang seperti pengangkutan dan perusahaan. Dr Ba Maw
terpaksa tunduk kepada kehendak tentera Jepun.Myanmar juga dikehendaki
memberikan sokongan kepada Jepun dalam menentang British.[2]
Keadaan ekonomi semakin teruk ketika di
bawah pemerintahan Jepun telah menyedarkan rakyat Myanmar bahawa mereka telah
dipegunakan untuk kepentingan Jepun. Ini kerana keadaan ekonomi semasa
pemerintahan British adalah lebih baik berbanding semasa pemerintahan Jepun.[3]
Aung
San dan kumpulan Thakin tidak puas hati kerana
DrBa Maw diperalat oleh Jepun menyebabkan Aung San bertindak mengistiharkan
sokongan kepada pihak Berikat. Aung San telah menubuhkan Liga Pembebasan Rakyat
Anti-Fasis sebagai sebuah pertubuhan anti-Jepun dan menjalankan aktiviti
anti-Jepun.
Ia bertujuan menentang Jepun untuk
mendapatkan kemerdekaan penuh bagi Myanmar apabila Jepun kembali semula.Dalam
usaha penentangan ini mereka telah memusnahkan kawasan yang dianggap strategik.
Aung San telah memberi sokongan keada Britsih dalam menawan semula Myanmar dan
menghalau Jepun.LPAF telah membantu Lord Louis Mounbatten mengalahkan Jepun
pada tahun 1945.[4]
Aung San telah berusaha untuk mendapat
sokongan daripada golongan Karen, Kachin dan Chui serta membebaskan Liga
Pembebasan Rakyat Anti-Fasis daripada pengaruh komunis dalam menyakinkan
British untuk mendapatkan kemerdekaan Myanmar.[5]
Pada bulan Disember 1946, pihak British
menjemput pemimpin Myanmar menghantar satu rombongan kemerdekaan ke England.
Hasilnya ialah Perjanjian Atlee-Aung San ditandatangani. Antara isu yang
dibincangkan ialah;
1.Pilihanraya umum akan
diadakan empat bulan selepas Perjanjian Atlee-Aung San.
2.Kabinet Aung San
diakuiBritish sebagai kerajaan sementara menjelang pilihanraya kebangsaan.
3.British akan menyokong penyertaan
Myanmar dalam pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
4.Sebuah Dewan Perlembagaan
dibentuk.
5.British akan melantik seorang
Pesuruhjaya Tinggi ke Myanmar.
6.Negeri-negeri kecil di
sempadan bebas memilih sama ada ingin bergabung dengan Myanmar atau sebaliknya.
Dengan Perjanjian Atlee-Aung San, Aung
San pulang ke tanah air dengan penuh keyakinan. Semua ahli rombongan kecuali U
Saw dan Ba Sein menyokongnya. Parti Komunis melancarkan mogok serta memusnahkan
landasan keretapi.
Walau bagaimanapu, pilihanraya umum
diteruskan pada bulan April 1947. Liga Pembebasan Rakyat Anti-Fasis mendapat
kejayaan. U Ni dilantik sebagai Presiden.
Pemimpin utama Myanmar, Aung San dibunuh oleh orang upahan U Saw. Dengan
ini U Nu dilantik sebagai pemimpin Liga. Dengan beberapa orang pemimpin Thakin
yang lain dalam Dewan Perlembagaan, U Nu meneruskan usaha menggubal
perlembagaan baru Myanmar.
Satu rombongan yang diketuai oleh U Nu
bertolak ke London dan menandatangani Rang Undang-Undang Kemerdekaan Myanmar
yang menyerahkan kerajaan Myanmar kepada Presiden Kesatuan Myanmar.[6]
2.menggalurkan penentangan
rakyat secara bersenjata.
3.2.3 Kemerdekaan di Myanmar
dan Indonesia abad ke-20.
1.Langkah-langkah mencapai
kemerdekaan.
[1] “Perjuangan
Mencapai Kemerdekaan”,dalam Modul
Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 3,138.
[2] Ruslan
Zainuddin dan Abd Sukor Yusuf,AceAhead
Teks STPM Sejarah Malaysia dan Asia Tenggara (1800-2000)Penggal 3 , (Shah
Alam: Oxford Fajar,2013) ,337.
[3] Ibid,337
[4] “Perjuangan
Mencapai Kemerdekaan”,138.
[5] Ruslan
Zainuddin dan Abd Sukor Yusuf,AceAhead
Teks STPM Sejarah Malaysia dan Asia Tenggara (1800-2000)Penggal 3 ,338.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan