Oleh MOHD. SHAZWAN YUSOP &
FARID AHMAD TARMIJI
Almarhum mencipta sejarah
apabila ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong sebanyak dua kali.
TANGGAL 28 November 1927
menjadi sejarah buat rakyat Kedah apabila Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam
Shah diputerakan di Istana Anak Bukit, Alor Setar, Kedah.
Keputeraan Almarhum menjadi
kesinambungan naungan diraja di Kedah yang terkenal dengan jolokan negeri
Jelapang Padi itu.
Putera kedua Almarhum Sultan
Badlishah Sultan Abdul Hamid bersama Tunku Sofiah Tunku Mahmud itu menjadi
pewaris takhta yang disayangi oleh rakyat jelata.
Almarhum dibesarkan di Istana
Anak Bukit dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Alor Merah dan
Sekolah Melayu Titi Gajah sebelum menyambung pelajaran di Kolej Sultan Abdul
Hamid dari tahun 1946 hingga 1949.
Semasa menuntut di Kolej Sultan
Abdul Hamid, Almarhum Sultan Abdul Halim mesra bergaul dengan pelajar-pelajar
daripada pelbagai latar belakang dan lapisan masyarakat.
Pada zaman persekolahan, guru
dan rakan-rakan menyifatkan Almarhum sebagai seorang yang berhemah tinggi,
bertolak ansur dan tidak pernah berbangga diri, biarpun bakal menjadi Sultan
Kedah.
Almarhum juga seorang putera
raja yang aktif dalam pasukan seragam serta kerap mengikuti aktiviti
perkhemahan bersama-sama rakannya.
Pada Februari 1949, Almarhum
telah berangkat ke Britain bagi melanjutkan pelajaran di Wadham College, Oxford
dalam bidang Sains Kemasyarakatan dan Pentadbiran Awam.
Pada tahun yang sama, ketika
usia 21 tahun, Almarhum telah dilantik menjadi Raja Muda Kedah.
Setelah tamat pengajian,
Almarhum kembali ke Kedah pada tahun 1955 dan kemudiannya berkhidmat di Pejabat
Daerah Kota Setar dan Pejabat Perbendaharaan Negeri.
Perkahwinan
Almarhum dan Almarhumah Tuanku
Sultanah Bahiyah bersama Tunku Puteri Intan Safinaz (tengah) Tunku Soraya
(kiri) serta Tunku Sarina.
Almarhum kemudiannya bertemu
jodoh dengan Almarhumah Tuanku Sultanah Bahiyah yang merupakan puteri sulung
Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Abdul Rahman Muhammad iaitu Yang
di-Pertuan Agong pertama Persekutuan Tanah Melayu.
Perkahwinan pasangan diraja itu
dilangsungkan pada bulan Mac 1956 di Istana Seri Menanti, Negeri Sembilan.
Hasil perkahwinan diraja itu,
Almarhum dikurniakan tiga puteri iaitu Tunku Soraya, Tunku Sarina (mangkat) dan
Tunku Puteri Intan Safinaz.
Pada 9 Mac 1957, Almarhum dilantik
sebagai pemangku Sultan Kedah kerana Almarhum Sultan Badlishah telah berangkat
ke luar negara pada 12 Mac hingga Julai 1957.
Pada 14 Julai 1958, Almarhum
Sultan Abdul Halim menaiki takhta sebagai Sultan Kedah selepas kemangkatan
Almarhum Sultan Badlishah.
Almarhum Sultan Abdul Halim
ditabalkan secara rasmi sebagai Sultan Kedah pada 20 Februari 1959 dalam satu
istiadat gilang-gemilang di Balai Besar, Alor Setar.
Pada 21 September 1970,
Almarhum Sultan Abdul Halim dipilih oleh Majlis Raja-Raja sebagai Yang
di-Pertuan Agong Ke-5.
Almarhum bertugas sebagai Yang
di-Pertuan Agong sehingga 21 September 1975.
Cipta sejarah
ALMARHUM tidak kekok ketika
bersama rakyat.
Pada 26 Ogos 2003, Tuanku
Sultanah Bahiyah mangkat di Istana Kuala Chegar, Anak Bukit.
Pada 9 Januari 2004 berlangsung
satu istiadat gilang-gemilang pelantikan Yang Mulia Che Puan Haminah Hamidun
sebagai Sultanah Kedah yang baharu dengan gelaran Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia
Tuanku Sultanah Kedah.
Tuanku Sultanah Haminah
dilahirkan di Bagan Serai, Perak dan berkahwin dengan Almarhum pada 25 Disember
1975.
Pada masa sama, Almarhum telah
mencatat sejarah bagi negara apabila menjadi satu-satunya sultan yang
ditabalkan menjadi Yang di-Pertuan Agong sebanyak dua kali.
Almarhum sekali lagi dilantik
sebagai Yang di-Pertuan Agong pada 14 Oktober 2011.
Ketika menjadi Yang di-Pertuan
Agong, Almarhum juga sangat tegas dengan prinsipnya terutama dalam hal urusan
politik dan pentadbiran negara.
Almarhum terkenal sebagai
seorang yang lemah lembut dan bersopan santun kerana dari kecil dididik dengan
nilai-nilai pekerti dan tingkah laku yang berasaskan kepada ajaran agama dan
ilmu keduniaan.
Almarhum begitu mengambil berat
tentang hal ehwal agama dan rakyat jelata terutama yang menyentuh bidang kuasa
baginda.
Sifat ramah dan tenang
menjadikan Almarhum amat disenangi rakyat jelata dan kakitangan istana, baik
semasa menjadi Sultan Kedah dan Yang di-Pertuan Agong.
Almarhum amat menghargai setiap
kakitangan yang berkhidmat dengan baginda.
Almarhum dikatakan memanggil
nama pekerja istana dengan nama penuh. Tidak pernah Almarhum memanggil pekerja
istana dengan nama pendek. Ini kerana Almarhum ingat nama pekerjanya.
Almarhum juga mempunyai hobi
bermain golf untuk mengisi masa lapang. Selain golf, semasa muda Almarhum juga
gemar bermain tenis dan biliard.
Selain itu, Almarhum juga turut
mempunyai hobi lain iaitu fotografi dan melancong.
Almarhum juga telah berangkat
ke Eropah pada tahun 1950 dan 1954 selain mengelilingi dunia pada tahun 1963.
Pencinta haiwan
Seperti sedia maklum, Almarhum
Sultan Abdul Halim juga merupakan seorang pencinta haiwan.
Kecintaannya terhadap haiwan
dizahirkan dengan pembinaan sebuah zoo mini di Istana Anak Bukit, Alor Setar.
Meskipun sibuk dengan
tanggungjawab sebagai seorang Sultan, Almarhum tetap meluangkan masa melawat
haiwan peliharaannya di zoo mini tersebut.
Pelbagai jenis haiwan
ditempatkan di zoo tersebut antaranya burung, kuda, rusa dan arnab.
Selain itu, Almarhum juga gemar
membaca buku-buku ilmiah.
Almarhum juga merupakan peminat
nombor satu pasukan bola sepak negeri Kedah.
Almarhum tidak pernah
ketinggalan untuk menyaksikan perlawanan bola sepak yang melibatkan pasukan
Kedah terutamanya di Stadium Darul Aman di Alor Setar.
Selain itu, Almarhum sering
menjemput pemain pasukan bola sepak Kedah ke istana untuk Majlis Santapan Malam
bagi meraikan kejayaan yang diraih mereka.
sumberArtikel Penuh:
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2017&dt=0912&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm#ixzz4sTOGzNJ4
Hakcipta terpelihara
Tiada ulasan:
Catat Ulasan