Selepas
Perang Dunia Kedua tamat, kerajaan British telah memperkenalkan Perlembagaan
Malayan Union pada 1 April 1946. Butir-butir perlembagaan Malayan Union
mendapat tentangan daripada orang Melayu lalu digantikan dengan Perlembagaan Persekutuan
Tanah Melayu 1948. Perlembagaan ini menjadi teras sistem demokrasi berparlimen
berdasarkan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957.
B.
Isi-Isi:
Sistem
Kerajaan Demokrasi Berparlimen
1.
Yang Dipertuan
Agong
-
Sistem
kerajaan Malaysia berasaskan perlembagaan yang banyak persamaan dengan
perlembagaan di Britain dan India. Mengikut perlembagaan Malaysia, ketua negara
ialah DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Baginda ialah seorang
raja berperlembagaan.
-
Dalam
menjalankan kuasa pemerintahan di bawah perlembagaan, Yang di-Pertuan Agong
bertindak mengikut nasihat Perdana Menteri dan Jemaah Menteri.
-
Mengikut
undang-undang parlimen Malaysia yang terdiri daripada Yang di-Pertuan Agong,
Dewan Negara (wakil dari perkhidmatan awam), Dewan Rakyat (wakil yang dipilih)
dan badan kehakiman.
-
Perlembagaan
boleh diubah dengan keizinan sekurang-kurangnya dua per tiga ahli Dewan Rakyat.
-
Satu
perbezaan dalam perlembagaan yang tidak ada di negara-negara lain ialah Yang
di-Pertuan Agong dipilih oleh Majlis Raja-raja daripada kalangan 9 orang Sultan
Melayu.
-
Sebagai
ketua negara, baginda mempunyai kuasa mengampunkan kesalahan-kesalahan lain
dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan segala hukuman yang dijatuhkan dalam
mahkamah Syariah di Melaka, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan Wilayah
Persekutuan.
-
Baginda
juga memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan kaum bumiputera di Sabah
dan Sarawak.
-
Baginda
juga boleh mengisytiharkan undang-undang tentera dan darurat.
2.
Badan
Legislatif/Parlimen
2.1 Dewan Negara
-
Adalah
majlis tertinggi Parlimen. Tugas utamanya ialah membahas rang undang-undang
yang dikemukakan oleh Dewan Rakyat.
-
Dewan
Negara mengandungi 69 orang ahli yang dipilih dan dilantik. 26 orang ahli
dipilih oleh Dewan Undangan Negeri, dan 43 orang ahli yang dilantik oleh Yang
di-Pertuan Agong.
-
Ahli
Dewan Negara berkhidmat sebagai anggota Dewan selama 3 tahun dan tertakluk sama
ada dia akan dilantik dan dipilih semula.
2.2 Dewan Rakyat
-
Dewan
Rakyat terdiri daripada 222 wakil rakyat yang dipilih melalui pilihan raya.
-
Tugas
utama Dewan Rakyat ialah menggubal undang-undang dan meluluskan undang-undang.
3.
Badan
Eksekutif
-
Badan
eksekutif memainkan peranan menjalankan dasar-dasar pentadbiran kerajaan
mengikut perlembagaan dan undang-undang yang ada.
-
Pentadbiran
kerajaan terbahagi kepada peringkat Persekutuan, Negeri dan Tempatan.
-
Pentadbiran
peringkat Persekutuan dijalankan oleh Kabinet atau Jemaah Menteri
-
Jemaah
Menteri diketuai oleh Perdana Menteri dengan dibantu oleh Timbalan Perdana
Menteri dan menteri-menteri lain sebagai
ahli.
-
Bagi
menjalankan tugas-tugas eksekutif Kerajaan Persekutuan, beberapa buah
kementerian, jabatan, dan badan berkanun diwujudkan.
-
Setiap
kementerian diketuai oleh seorang Menteri dan dibantu oleh Timbalan Menteri,
Setiausaha Parlimen, Setiausaha Politik, Ketua Setiausaha Kementerian, Pegawai
Kementerian, dan kakitangan yang dikenali sebagai pegawai kerajaan.
4. Badan Kehakiman
-
Mahkamah merupakan badan bebas yang
diketuai oleh Ketua Hakim Negara yang dilantik oleh Yang Dipertuan Agong.
-
Terdiri daripada Mahkamah Agung atau Persekutuan,
Mahkamah Tinggi Mahkamah Rendah, Mahkamah Syariah, Mahkamah Anak Negeri Sabah
dan Sarawak yang mempunyai bidang kuasa masing-masing dalam menjalankan
kuatkuasa undang-undang sama ada kes sivil dan kes jenayah.
C. Kesimpulan.
Sebagai kesimpulannya,
sistem pemerintahan Persekutuan Tanah Melayu dari tahun 1957 hingga tahun 2000
adalah melalui proses demokrasi. Prinsip-prinsip yang menentukan bentuk
kerajaan yang boleh didirikan dan kuasa yang digunakan ditentukan oleh
perlembagaan. Jelaslah doktrin pengagihan kuasa tiga badan yang telah
ditentukan mesti dipatuhi supaya tidal berlaku penyalah gunaan kuasa.
SUMBER-
JPN
PAHANG
SKEMA PERCUBAAN STPM P3
940
Tiada ulasan:
Catat Ulasan