Bangkok: Dua kaki pancing
berjaya menangkap seekor ikan kap gergasi seberat 81 kilogram menggunakan umpan
yang diperbuat daripada abu mayat seorang rakan mereka sendiri.
Paul Fairbrass, 65, dan Cliff
Dale, 65, memancing ikan itu menggunakan umpan dari abu mayat rakan mereka, Ron
Hopper yang meninggal dunia akibat kanser.
Fairbrass berkata, mereka
bertiga yang menetap di Britain merancang untuk bercuti sambil memancing di
Jurassic Mountain Resort and Fishing Park di Thailand.
Bagaimanapun, Hopper, 65,
disahkan menghidap kanser dan meninggal dunia pada Disember tahun lalu.
“Ketika dirawat Hopper mahu abu
mayatnya ditabur di resort berkenaan kerana dia sangat suka memancing.
“Namun, saya mencadangkan
supaya abu mayatnya dijadikan umpan untuk menangkap ikan gergasi di situ.
“Hopper ketawa dan dia sangat
sukakan idea saya itu,” katanya.
Menurutnya, dia dan Dale yang
memancing di resort itu baru-baru ini mengambil masa selama tiga jam untuk
menaikkan ikan kap gergasi berkenaan.
“Kami sangat gembira kerana
berjaya menangkap ikan ini dan pada masa yang sama terharu kerana Hopper turut
membantu kami,” jelasnya. - Agensi
SUMBERArtikel ini disiarkan
pada : Jumaat, 29 April 2016 @ 7:32 AM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan