ARKIB : 23/03/2007
TIDAK ada kewajipan yang
ditugaskan kepada Rasulullah selain daripada menyampaikan (perintah-perintah
Allah) sahaja; dan Allah s.w.t. sentiasa mengetahui apa yang kamu lahirkan dan apa
yang kamu sembunyikan. (Al-Maidah: 99)
Huraian
Rasulullah s.a.w. adalah
seorang yang paling agung. Keperibadian Baginda yang luhur, amanah serta
bijaksana diakui oleh kawan dan lawan. Allah s.w.t. menyatakan perkara ini di
dalam al-Quran surah Al-Araf ayat 68 yang bermaksud: Tugasku menyampaikan
kepada kamu akan perintah - perintah yang diutuskan oleh Tuhanku dan aku adalah
pemberi nasihat yang amanah bagi kamu.
Berdasarkan kriteria-kriteria
inilah segala apa yang disampaikan oleh Baginda diterimapakai oleh sebahagian
besar penduduk dunia sejak dahulu hingga sekarang. Ajaran Islam yang dibawa
oleh Baginda meliputi permasalahan yang bersifat rohaniah dan lahiriah agar
kesempurnaan hidup itu mencakupi luaran dan dalaman.
Manusia pula wajib beriman dan yakin
terhadap apa jua yang dibawa oleh Baginda. Bukti keimanan itu ialah melakukan
segala yang diperintah oleh Allah s.w.t. dan rasul serta meninggalkan segala
bentuk larangan.
KESIMPULAN
Tidak ada seorangpun yang boleh
berdolak dalih dalam perkara ini kerana Allah s.w.t. dengan sifat ilmu-Nya Maha
Mengetahui apa yang ada di dalam hati manusia mahupun yang dilakukan di tempat
yang terbuka dan tersembunyi. Allah s.w.t. juga yang akan membalas segala
amalan manusia sama ada baik ataupun buruk.
* Disediakan oleh Jabatan
Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0323&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_03.htm#ixzz4tPic4AwO
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan