A. Pengenalan.
Perjuangan kemerdekaan
Myanmar begitu jelas selepas Perang Dunia Kedua dengan kekalahan Jepun di
tangan Tentera Bersekutu. Sebenarnya, sebelum Perang Dunia Kedua, gerakan
nasionalisme Myanmar telah muncul ke arah mencapai kemerdekaan. Pada 4 Januari
1948, Myanmar mencapai kemerdekaan mutlak daripada penjajahan British.
Pencapaian kemerdekaan Myanmar merupakan satu proses perjuangan para nasionalis
bersama-sama rakyat jelata.
B. Isi-isi.
Langkah-langkah ke arah
kemerdekaan.
1. Pembentukan
kerajaan baharu
- Setelah kekalahan
Jepun, Aung San telah berusaha untuk mendapat sokongan daripada golongan Karen,
Kachin dan Chui serta membebaskan Liga Pembebasan Rakyat Anti-Fasis daripada
pengaruh komunis dalam menyakinkan British untuk mendapatkan kemerdekaan
Myanmar.
- Pada peringkat awal
Sir Hubert Rance telah mecadangkan agar LPRAF diberikan perwakilan minoriti
dalam Dewan Eksekutif. Namun cadangan ini ditolak oleh Aung San dan LPRAF
seterusnya mereka melancarkan satu mogok kebangsaan.
- Mogok kebangsaan ini
diadakan bertujuan memaksa British tunduk kepada tuntutan Myanmar. Sir Hubert
Rance akhirnya terpaksa mengadakan rundingan dengan Aung San . Hasil rundingan
ini LPRAF diberikan perwakilan yang lebih dalam Dewan Eksekutif iaitu sebanyak
6 daripada 9 kerusi. Kemudian kerajaan baharu dibentuk dengan Aung San dilantik
sebagai Perdana Menteri.
2. Perjanjian
Atlee-Aung San 1946
Pada bulan Disember
1946, pihak British menjemput pemimpin Myanmar menghantar satu rombongan
kemerdekaan ke England. Hasilnya ialah Perjanjian Atlee-Aung San
ditandatangani. Antara isu yang dibincangkan ialah;
i. Pilihanraya umum akan diadakan empat
bulan selepas Perjanjian Atlee-Aung San.
ii. Kabinet Aung San diakui British sebagai
kerajaan sementara menjelang pilihanraya kebangsaan.
iii. British akan menyokong penyertaan
Myanmar dalam pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
iv. Sebuah Dewan Perlembagaan dibentuk.
v. British akan melantik seorang
Pesuruhjaya Tinggi ke Myanmar.
vi. .Negeri-negeri kecil di sempadan bebas
memilih sama ada ingin bergabung dengan Myanmar atau sebaliknya.
- Dengan Perjanjian
Atlee-Aung San, Aung San pulang ke tanah air dengan penuh keyakinan. Semua ahli
rombongan kecuali U Saw dan Ba Sein menyokongnya. Parti Komunis melancarkan
mogok serta memusnahkan landasan keretapi.
3.
Pilihan raya Umum 1947
- Satu pilihan
raya telah diadakan pada bulan April
1947 yang sejajar dengan Perjanjian Atlee- Aung San. LPRAF telah berjaya
mendapat kemenangan cemerlang dalam pilihan raya ini. Kejayaan ini membolehkan
LPRAF membentuk kerajaan baharu dengan kabinet dan perlembagaannya sendiri.
4. Perlembagaan
baharu.
- LPRAF telah bersiap sedia untuk menggubal
perlembagaan baharu bagi Myanmar yang akan merdeka. Pada Mei 1947, Thakin Mya
telah merangka draf perlembagaan untuk Perhimpunan Perlembagaan. Thakin U Nu
telah dilantik sebagai Presiden. Pemimpin utama Myanmar, Aung San dibunuh oleh
orang upahan U Saw. Dengan ini U Nu dilantik sebagai pemimpin Liga. Dengan
beberapa orang pemimpin Thakin yang lain dalam Dewan Perlembagaan, U Nu
meneruskan usaha menggubal perlembagaan baru Myanmar.
5.
Pencapaian kemerdekaan.
- Satu rombongan yang
diketuai oleh U Nu bertolak ke London dan menandatangani Rang Undang-Undang
Kemerdekaan Myanmar yang menyerahkan kerajaan Myanmar kepada Presiden Kesatuan
Myanmar. Seterusnya pada 4 Januari 1948 Myanmar telah mencapai kemerdekaan
mutlak daripada penjajahan British dengan U Nu dilantik sebagai Perdana Menteri
manakala Sao Shwe Thaik dilantik sebagai Presiden.
C. Kesimpulan.
Tidak ada siapa yang
boleh menafikan bahawa golongan yang dianggap “tuan di Burma” ini telah
memainkan peranan penting dalam perjuangan kesedaran kebangsaan Burma,
sehinggalah kemerdekaan penuh Burma pada tahun 1948. R.J Cornish berpendapat golongan Thakin adalah “convert nationalist
sentiment into a major political force”
SUMBER-
JPN
PAHANG SKEMA PERCUBAAN STPM P3 940/3
Tiada ulasan:
Catat Ulasan