Pengenalan
Raja Thibaw dilahirkan pada tahun 1858 di Mandalay, Myanmar. Raja Tihibaw
merupakan anak Raja Mindon Min dengan Puteri Laungshe. Raja hibaw mendalami
ajaran agama Buddha di tokong sejak kecil lagi. Baginda pemerintah terakhir
Dinasti Konbaung di Myanmar. Beliau memerintah antara tahun 1878-1885.
Politik dan pentadbiran
1.Hubungan dengan Perancis.
Menjalin hubungan dengan Perancis untuk mengekalkan kedaulatan negara.
Raja Thibaw ingin membeli senjata dari Perancis.
wakil Perancis akan ditempatkan di Mandalay
Frederic Haas menasihati Raja Thibaw supaya mengeratkan hubungan dengan
British
menubuhkan bank di Mandalay kepada pihak Perancis. Pembinaan jalan kereta
api dari Mandalay ke Toungoo adalah atas pembiayaan Perancis.
2.Hubungan dengan British.
Raja Thibaw mengamalkan pemerintahan yang keras dan anti kuasa asing.
British mendapat tahu tentang usaha Raja Thibaw tersebut. Duta British
telah menemui dengan wakil Perancis, Fules Ferry dan menyatakan British akan
menggunakan kekerasan ke atas Myanmar sekiranya pihak Perancis masih lagi
terlibat dalam perkara senjata ini. Pihak Perancis telah memberi jaminan bahawa
isu senjata tidak disentuh dalam perjanjian dengan Myanmar
Raja Thibaw tegas dengan pendirian tidak mahu menerima semula Residen
British.
Ekonomi
menjalinkan perjanjian perdagangan dengan Perancis dan menghantar wakilnya,
Atwinwun ke Paris untuk membuat perjanjian yang ditandatangani pada 1 Januari
1885.
Cuba mendapatkan kembali penguasaan ekonomi Myanmar dari British
Tindakan Raja Thibaw terhadap Syarikat Perdagangan Bombay-Myanmar
mengemukakan perkara terhadap syarikat tersebut:
(a) Mengeluarkan kayu jati melebihi dua kali ganda daripada yang
dibenarkan.
(b) Memberi rasuah kepada pegawai kerajaan.
(c) Tidak memberi upah yang sewajarnya kepada pekerja-pekerja Myanmar
seperti yang dijanjikan.
Syarikat ini didenda sebanyak 23 juta rupee
British menganggap hukuman Raja Thibaw terhadap syarikat tersebut tidak
adil lalu bersiap sedia untuk bertindak secara kekerasan terhadap Myanmar.
Kesimpulan
Raja Thibaw berusaha mempertahankan kedaulatan Myanmar Hulu.
Untuk memelihara kedaulatan Myanmar Thibaw menjalin hubungan dengan
Perancis.
Baginda kalah dalam Perang British-Myanmar III pada 29 November1885 dan
dibuang negeri ke India.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan