Sabtu, 22 Disember 2018

Struktur Pemerintahan Pusat Zaman Khulafa al-Rasyidin

Oleh –AHMAD BIN YAAKOB
Pentadbiran  pusat zaman Khulafa al-Rasyidin  :
Pada zaman Khalifah Abu Bakar al-Siddiq tidak banyak berbeza dengan zaman Rasulullah SAW kerana tempoh pemerintahannya yang singkat. Tambahan pula beliau sibuk memerangi gerakan murtad secara besar-besaran dan golongan yang enggan membayar zakat selepas sahaja kewafatan Rasulullah SAW. Pentadbiran Khalifah Abu Bakar berpusat di Madinah.
a) Madinah  sebagai  pusat pemerintahan.
b) Masjid  Nabawi  sebagai  pusat pentadbiran  negara,pusat ibadat  dan kegiatan  dakwah  Islamiah.
c) Khalifah  sebagai  ketuabadan eksekutif, legislatif dan kehakiman.
d) Khalifah paling berkuasa tetapi  kekuasaan tidak berbentuk mutlak  dan terikat  dengan al-Quran dan sunnah  yang mengawal segala tindakan khalifah.
e) Sesuatu  dasar diputuskan melalui majlis syura (badan penasihat Khalifah).
f)  Majlis Syura secara rasmi dibentuk pada  zaman pemerintahan  khalifah Umar bin al-Khattab

g) Penubuhan Baitul Mal -perbendaharaan negara untuk menguruskan  harta rakyat dan negara.[1]
Pentadbiran  wilayah  zaman Khulafa  al-Rasyidin  :
a) Semasa pemerintahan  khalifah Abu Bakar,pemerintahan  wilayah  dibahagikan kepada  10
wilayah - Makkah,  Taif, Yaman, Hadhramaut, Khawlan, al-Jund, Nazran, Zabid, Bahrain dan Jarsh.
b)Pentadbiran perigkat wilayah telah diperkemaskan  Pada zaman pemerintahan khalifah Umar bin al-Khattab berikutan kejayaan kempen perluasan kuasa.
c) Negara Islam dibahagikan  kepada  8 wilayah utama  iaitu Madinah,Mekah, Syam, Mesopotamia, Iraan, Iraq, Mesir dan Palestin.[2]
d) Setiap wilayah mempunyai  ibu negeri dan pusat pentadbiran masing-masing.
e) Khalifah Umar bin al-Khattab  telah membentuk sistem birokrasi yang sistematik.
f)  Setiap wilayah diketuai  oleh gabenor (amil) dan dibantu oleh setiausaha  dan pegawai lain seperti :setiausaha  tentera, pegawai cukai (Sahib al-Kharaj)' pegawai polis (Sahib al- Syurtah), pegawai perbendaharan  (Sahib  Bait al-Mal)  dan kadi'
g) Setiap wilayah didirikan  sebuah  Baitul Mal untuk menguruskan  pendapatan  dan perbelanjaan negara.[3]




[1]“Bentuk  Pemerintahan”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah, (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013),20.
[2]Mahayudin Hj. Yahya et. Al., Ace Ahead Teks STPM Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2 Edisi Kemaskini,61.
[3]“Bentuk  Pemerintahan”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah,20.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan