Ahad, 23 Disember 2018

PEMERINTAHAN WILAYAH KHALIFAH UTHMANIYAH


OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Pemerintahan wilayah Khalifah Uthmaniyah
a.Memandangkan sistem pemerintahan dan pentadbiran kerajaan Uthmaniyah mirip pentadbiran Byzantine,   setiap wilayah ditadbir oleh gabenor wilayah yang bertanggung jawab mentadbir tanah kurniaan yang luas yang akan dikendalikan oleh para petani.

      Kadi merupakan ketua agama bagi setiap daerah.Tugas utama pengawai berkenaan adalah mengendalikan hukum jenayah dan sivil berdasarkan syariah Islam yang berpandukan al-Quran dan hadis.[1]

      Multezim pula bertanggungjawab mengutip semua cukai dari kawasan-kawasan tertentu. Sebahagian daripada hasil kutipan tersebut diserahkan kepada perbendaharaan negara. Dalam waktu yang sama, pegawai kerajaan diberikan kuasa untuk mengutip bayaran yang dikenali sebagai bakshish untuk perkhidmatan yang diberikan kepada orang awam.[2]

      Golongan intelektual muslim bertanggungjawab dalam pentadbiran keadilan, menguruskan wakaf untuk untuk menyokong perkembangan sekolah dan hospital serta pendidikan belia Muslim. Kadangkala golongan ini berperanan sebagai orang tengah antara rakyat dengan cabang-cabang lain dalam kelas pemerintahan.[3]


[1]Mahayudin Hj. Yahya et. Al., Ace Ahead Teks STPM Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2, (Shah Alam:Oxford Fajar.2013)  ,63
[2]Mahayudin Hj. Yahya et. Al., Ace Ahead Teks STPM Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2,Edisi Ketiga,(Shah Alam:Oxford Fajar.2017),72.
[3][3] Ibid.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan