Ahad, 23 Disember 2018

Pentadbiran wilayah zaman Khulafah al-Rasyidin

Oleh-AHMAD BIN YAAKOB
Pemerintahan dan pentadbiran pada peringkat wilayah wujud ekoran daripada kejayaan-kejayaan yang dicapai dalam ekspedisi ketenteraan.Kerajaan wilayah ialah kerajaan yang terletak di bawah pemerintahan kerajaan Islam secara langsung. Pada peringkat awal kerajaan ini bukanlah kerajaan Islam, akan tetapi atas sebab-sebab tertentu kerajaan tersebut menjadi sebahagian kerajaan Islam. Contohnya kejatuhan Kota Makkah kepada tentera Islam Madinah menyebabkan Kota Makkah menjadi kerajaan wilayah yang berpusat di Madinah. Pada zaman Khulafa al-Rasyidin kerajaan wilayah ialah Makkah, Baghdad dan Damssyik.[1]
2. Pada zaman pemerintahan Khalifah Abu Bakar al-Siddiq, negara Islam telah dibahagikan kepada l0 buah daerah, iaitu Makkah,Ta'if, Yaman, Hadhramaut, Khawlan, al-Jund, Najran, Zabid, Bahrain dan Jarsh.
3. Pentadbiran pada peringkat wilayah seterusnya diperkemas pada zaman pemerintahan Khalifah Umar bin al-Khattab berikutan kejayaan kempen peluasan kuasa.
4. Negara Islam dibahagikan kepada lapan buah wilayah utama, iaitu Madinah, Makkah, Syam, Mesopotamia, han, Iraq, Mesir dan Palestin. Setiap wilayah berkenaan mempunyai ibu negeri/pusat pentadbiran masing-masing. Bagi memastikan urusan pentadbiran berjalan lancar, Khalifah Umar bin al-Khattab telah membentuk sistem birokrasi yang sistematik.
5. Setiap wilayah akan diketuai oleh Gabenor yang akan dibantu oleh pegawai-pegawai lain seperti setiausaha dan pegawai tertentu di beberapa buah jabatan seperti Setiausaha Tentera, Pegawai Cukai (Sahib al-Kharaj), Pegawai Polis (Saftib al-Syurtah), Pegawai Perbendaharaan Negara (Sahib Bait al-Mal) dan seorang kadi.
6. Individu yang dilantik memegang jawatan berkenaan wajib melaporkan harta sebelum dan setelah selesai menjalankan tanggungjawab serta diperjelaskan mengikut bidang kuasa mereka agar tidak timbul kekeliruan kelak.
7. Di setiap wilayah, didirikan pula cawangan baitulmal bagi memudahkan urusan pendapatan dan perbelanjaan negara.[2]


[1] Mahdi Shuid, Sazlina Othman dan Arjuna @ Mohd. Noor Yunus, Teks STPM Pra U Sejarah  Islam Penggal 2, (Bandar Baru Bangi: Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd, 2015), 104.
[2]“Bentuk  Pemerintahan”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah,21.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan