Sabtu, 22 Disember 2018

Jelaskan konsep ummah dan proses pembentukannya di Madinah pada zaman Nabi Muhammad SAW-[20

Peristiwa hijrah Nabi Muhammad SAW dari Makkah ke Madinah telah meninggalkan impak yangbesar kepada perjuangan Islam kerana ia bukan sahaja menyebabkan terbentuknya negara Islam,bahkan telah mengubah landskap politik, ekonomi, dan sosial di Madinah. Sebelum penghijrahanNabi Muhammad SAW, struktur sosial masyarakat dibelenggu dengan fahaman perkauman yangmelampau dan bersifat individualistik. Namun, senario ini berubah apabila Baginda berjayamengubah masyarakat dengan memperkenalkan konsep ummah (masyarakat) yang saling menghormati antara satu sama lain.

      Ummah dari sudut bahasa bermaksud masyarakat. Dalam konteks di Madinah, ummah meruiuk kepada warga Madinah. Dalam al-Quran juga ada menyebut beberapa kali perkataan ummah yang merangkumi golongan manusia dan jin. Mengikut Piagam Madinah, konsep ini jelas menggambarkan wujud dua kelompok masyarakat yang besar, iaitu masyarakat Islam yang terbahagi kepada golongan Muhajirin dan Ansar serta masyarakat bukan Islam yang majoritinya berbangsa Yahudi namun berada di bawah kepemimpinan Nabi Muhammad SAW.

      Golongan Muhajirin merupakan golongan pendatang dari Makkah yang berhijrah bersama-sama NabiMuhammad SAW ke Madinah. Golongan Ansar pula merupakan penduduk asal Madinah yang terdiri daripada kaum Aus danKhazraj. KaumYahudi pula dapat dibahagikan kepada tiga, iaitu Bani Qainuqa', Bani Nadhir, dan Bani Quraizah.

      Proses pembentukan ummah sebenarnya telah bermula di Makkah lagi, iaitu sejak Nabi Muhammad SAW menerima wahyu pertama pada tahun 610 M. Baginda memulakannya melalui proses dakwah yang berlangsung secara sulit dan terbuka. Dakwah secara sulit ditumpukan kepadakaum keluarga dan sahabat terdekat. Hasilnya, beberapa orang individu terkemuka menerima agamaIslam. Antaranya ialah Siti Khadijah binti Khuwailid, Abu Bakar al-Siddiq, Uthman bin Affan, dan Zubair bin al-Awwam. Nabi Muhammad SAW dan Arqam bin Abi Arqam menjadikan kediaman mereka sebagai pusat dakwah Islamiah.

      Selepas tiga tahun berdakwah secara sulit, Baginda menerima wahyu daripada Allah SWT agar berdakwah secara terbuka kepada kaum Quraisy dan penduduk kota Makkah seperti yang terkandung dalam surah al-Muddathir. Berikutan daripada peristiwa ini, bermulalah penentangan oleh kaum Quraisy Makkah yang dipelopori bapa saudara Baginda sendiri, iaituAbu Lahab dan pengikutnya.

      Kaum Quraisy Makkah telah melakukan pelbagai bentuk penentangan terhadap dakwah yang disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW. Penentangan tersebut pada mulanya dilakukan secara diplomasi dan kemudiannya secara kekerasan. Antara kaedah diplomasi yang digunakan untuk menghalang hasrat Baginda membentuk masyarakat Islam yang lebih besar adalah dengan mengejek atau menghina melalui perbuatan dan perkataan. Kaum Quraisy Makkah juga berusaha menggunakan Abu Thlib supaya memujuk Nabi Muhammad SAW menghentikan usaha dakwah, namun tindakan tersebut tidak berjaya. Oleh itu, usaha diplomasi terakhir yang dilakukan oleh kaum Quraisy Makkah adalah dengan berunding sendiri dengan Nabi Muhammad SAW. Mereka menawarkan tiga perkara yang menjadi buruan manusia, iaitu wanita, harta, dan pangkat. Mereka juga mencadangkan supaya Nabi Muhammad SAW dan mereka bergilir-gilir menyembah Tuhan masing-masing. Namun, Nabi Muhammad SAW bertegas menolak cadangan tersebut berdasarkan perintah Allah SWT dalam surah al-Kafirun. Setelah gagal melalui diplomasi, kaum Quraisy Makkah bertindak lebih agresif. Mereka menyeksa penganut-penganut Islam seperti Bilal bin Rabah, Ammar bin Yassir, dan Khabbab bin Arrat. Kaum Quraisy Makkah juga mengisytiharkan pemulauan terhadap kaum keluarga Nabi Muhammad SAW setelah mendapati pengaruh Baginda kian meluas termasuk di Habsyah. Pemulauan ini berlangsung selama tiga tahun. Kemuncak penentangan yang dilakukan oleh kaum Quraisy Makkah ialah mengadakan perancangan untuk membunuh Nabi Muhammad SAW.

      Kegagalan membentuk masyarakat Islam di Makkah menyebabkan Baginda mengubah strategi dakwah. Tumpuan Baginda beralih kepada rombongan yang datang mengerjakan ibadat haji di kota Makkah. Sebenarnya usaha ini adalah susulan daripada kegagalan Baginda mendapat sokongan daripada penduduk Ta'if (Bani Thaqif yang telah berjaya dihasut oleh kaum Quraisy Makkah.

      Nabi Muhammad SAW telah menemui beberapa orang tokoh dari Yathrib seperti Suwayd bin Samit dan Iyas bin Mu'adh serta berdakwah kepada mereka agar menerima dan menyebarkan agama Islam. Susulan daripada itu, apabila mengetahui tentang kedatangan rombongan kaum Khazraj, Baginda telah menemui mereka berhampiran BukitAqabah. Pada musim haji berikutnya, iaitu pada tahun 621M, 10 orang daripada kaum Khazraj dan 2 orang daripada kaum Aus datang menemui Baginda dan memeterai Perjanjian Aqabah I. Mereka berikrar akan meninggalkan segala amalan jahiliah termasuk penyembahan berhala, membunuh anak perempuan, hasad dengki, dan menyakiti jiran. Nabi Muhammad SAW kemudiannya menghantar Mus'ab bin Umayr ke Yathrib untuk mengajar al-Quran dan seterusnya menyebarkan Islam.
      Pada tahun 622M, seramai 73 orang dari Yathrib datang menemui Baginda dan kemudiannya
memeterai Perjanjian Aqabah II. Dalam perjanjian ini, mereka bukan sahaja berjanji untuk
menjadikan Islam sebagai pegangan hidup, malah menjemput Baginda berhijrah ke Yathrib dan
melantik Baginda sebagai pemimpin mereka. Perkara paling penting yang dipersetujui ialah mereka sanggup mempertahankan Baginda sebagaimana mereka mempertahankan keselamatan diri dan keluarga mereka sendiri. Berdasarkan keadaan ini serta wujudnya rancangan untuk membunuh Baginda oleh kaum Quraisy Makkah, maka Nabi Muhammad SAW telah melakukan hijrah ke Yathrib pada tahun tersebut.

      Peristiwa penghijrahan telah membolehkan Nabi Muhammad SAW membentuk sebuah negara Islam di Madinah. Sebagai pemimpin tertinggi, Baginda telah merangka sistem perundangan yang bersumberkan wahyu agar memberikan keadilan kepada semua warga Madinah. Piagam Madinah yang digubal mengandungi 47 fasal yang menyentuh tentang hak orang Islam, hak orang bukan Islam dan hak serta tanggungjawab bersama arfiaraorang Islam dengan bukan Islam. Salah satu fasal penting dalam piagam ini ialah pengenalan konsep ummah yang merujuk kepada warga Madinah yang beragama Islam dan bukan beragama Islam wajib hidup dengan saling hormat-menghormati dan mengiktiraf kepemimpinan Nabi Muhaammad SAW sebagai pemimpin tertinggi negara.
      Walau bagaimanapun, konsep ummah yang dibentuk oleh Baginda telah mengalami perubahan berikutan pengkhianatan yang dilakukan oleh kaum Yahudi. Tindakan kaum Yahudi tersebut telah memaksa Nabi Muhammad SAW mengusir mereka dari bumi Madinah. Selepas peristiwa tersebut, konsep ummah hanya merujuk kepada masyarakat Islam yang berpaksikan akidah yang sama serta mengamalkan konsep ak'hlak amal ma' ruf nahi munkar.

Kesimpulannya, proses pembentukan ummah bukanlah sesuatu yang mudah. Proses ini telah
memakan masa yang lama. Tindakan bijak Nabi Muhammad SAW merangka strategi supaya

pembentukan ummah berlaku secara evolusi menggambarkan kehebatan Baginda sebagai pemimpintertinggi negara. Malah, kebijaksanaan Baginda kian terserlah apabila berjaya menyatukan masyarakat berbilang bangsa di Madinah, sekali gus mewujudkan masyarakat yang adil dan harmonis terutama selepas pengusiran kaum Yahudi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan