ARKIB : 05/10/2009
Azizulhasni gegar dunia lagi
Saya puas dan gembira kerana
berjaya membalas dendam ke atas Bauge apatah lagi dalam keadaan saya sedang
belajar ketika ini - AZIZULHASNI AWANG Pelumba basikal
KUALA LUMPUR - Pelumba sensasi
negara, Azizulhasni Awang menggegar persada basikal trek antarabangsa dengan
menjuarai acara pecut pada satu kejohanan undangan yang disertai jaguh-jaguh
dunia di Colombia, kelmarin.
Lebih manis kejayaan di Gran
Caracol de Pista Medellin (Grand Prix Medellin) itu dicipta dengan menewaskan
pelumba Perancis yang juga juara dunia, Gregory Bauge pada perlumbaan akhir.
Bauge adalah pelumba yang
menewaskan Azizulhasni pada perlumbaan akhir acara sama dalam Kejohanan Trek
Dunia dekat Pruzskow, Poland, Mac lalu.
"Saya puas dan gembira
kerana berjaya membalas dendam ke atas Bauge apatah lagi dalam keadaan saya
sedang belajar ketika ini.
"Malah, berbaloi rasanya
saya datang bertanding terutama selepas melalui perjalanan selama 31 jam dan
transit selama 26 jam sebelum dapat sampai di sini," katanya.
Terdahulu pada pusingan kelayakan
bagi menentukan undian saringan, Azizulhasni turut cemerlang apabila muncul
pelumba paling pantas dengan mencatat masa 10.352 saat.
Pelumba kelahiran Terengganu itu
mengatasi pelumba Belanda, Teun Mulder (10.393s) yang kedua terpantas diikuti
Bauge (10.445s) ketiga.
Ini membolehkan Azizulhasni
bertemu pelumba di kedudukan tercorot, Juan Sivira dari Venezuela pada pusingan
pertama dan menang mudah.
Sepanjang laluannya ke akhir,
Azizulhasni turut menewaskan beberapa pelumba lain sebelum menempah pertemuan
dengan Bauge.
"Ia satu pencapaian yang
melegakan saya terutama menjelang pusingan pertama Piala Dunia Klasik di
Manchester, England dari 30 Oktober-1 November ini," tegas Azizulhasni
yang bimbang tentang status pelumba-pelajarnya.
Selain Manchester, Azizulhasni
akan turut bertanding pada Piala Dunia II di Melbourne, Australia (19-21
November ini), Piala Dunia III di Cali, Colombia (10-12 Disember) dan Piala
Dunia IV di Beijing, China (22-24 Januari 2010).
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1005&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz5YaBprjFa
© Utusan Melayu (M) Bhd
Assalamualaikum. Saya adalah seorang bekas tentera british nerkhidmat dalam kor (RAMC) daripada May 1966 - May 1971)
BalasPadamsaya ingin menjadi ahli persatuan . Sila kemukakan borang penyertaan untuk diisi. Terima kasih