2 DISEMBER
2018
Muhammad Rafiq
Ismail. - Foto Bernama
PEMAIN tenpin
boling negara, Muhammad Rafiq Ismail melakar sejarah tersendiri apabila menjadi
pemain pertama negara sejak 1979 meraih pingat emas dalam acara perseorangan
Boling Lelaki Dunia 2018, di Hong Kong malam semalam.
Atlet berusia
19 tahun itu yang juga pemenang pingat
emas Sukan Asia tahun ini, menewaskan
Dan MacLelland dari Kanada 217-204 pada final.
Terdahulu
dalam perlawanan separuh akhir, Muhammad Rafiq berhadapan saingan getir semasa
menentang pemain Amerika
Syarikat, Kyle Troup sebelum memenanginya dengan 171-170.
Untuk rekod,
kali terakhir Malaysia memenangi pingat emas di Kejohanan Boling
Lelaki Dunia ialah
pada 1979 menerusi acara trio
yang diwakili Allan Hooi, Edward Lim dan J.B. Koo. - Bernama
SUMBER SINAR
HARIAN ONLINE 2 DISEMBER 2018
Tiada ulasan:
Catat Ulasan