OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
b)Pemerintahan pusat dan wilayah
kerajaan India abad ke 16-17m
Sistem pemerintahan Pusat Kerajaan Mughal.
Pemerintahan kerajaan Islam di
India bermula pada zaman Bani Umayyahketika pemerintahan Khalifah al-Walid bin
Abdul Walid. Khalifah menghantar Muhammad bin al-Qasim yang berjaya mengasaskan
petempatan Islam di Sind. Kejayaan ini menjadi titik tolak kepada pembentukan
kerajaan Islam Kesultanan Delhi yang memerintah India. Kerajaan Mughal muncul
pada awal abad ke-15M setelah lenyapnya Kesultanan Delhi.[1]
Kerajaan Mughal terbentuk hasil daripada
kemenangan Babur mengalahkan Sultan Ibrahim Lodi, iaitu pemerintah terakhir
Kesultanan Delhi pada tahun 1526 Masihi.Kemenangan ini membolehkan kerajaan
Mughal menguasai India sehingga tahun
1867 Masihi, iaitu pemerintah terakhirnya, Bahadur Shah II dibuang negeri ke
Myanmar oleh British.[2]
Pemerintah-pemerintahan kerajaan
menggunakan gelaran raja atau maharaja dan mengekalkan corak pemerintahan sedia
ada. Antara pemerintah yang terkenal selain Babur ialah Maharaja Akbar,
Maharaja Syah Jehan dan Maharaja Aurangzeb.
Amnya, pemerintah-pemerintah kerajaan
Mughal menjalankan dasar pemusatan kuasa. Maharaja Akbar merupakan pemerintah
India pertama yang bertindak mengasingkan urusan politik dan pemerintahan
dengan agama. Maharaja Akbar juga bertindak menghapuskan perbezaan-perbezaan
berasaskan agama dan bangsa demi mewujudkan kerjasama antara berbilang bangsa
di India.
Pada peringkat pusat pula, Maharaja Akbar
telah membentuksistem pemerintahan atau birokrasi yang berbentuk separuh awam
dan separuh tentera yang dikenali sebagai mansabdar untuk mengukuh dan
memantapkan penguasaannya.
Mansabdar merupakan pegawai yang
ditugaskan untuk memerintah dan melengkapkan satu pasukan tentera Diraja dan
bertanggungjawab melaksanakan tugasan berhubung pentadbiran awam. Mansabdar
dibahagikan kepada 33 peringkat. Setiap peringkat memerintah satu batalion tentera berkuda bilangannya
antara 10 hingga 10 000 orang. Golongan ini mendapat gaji secara tunai atau
secara jagir ( kebenaran yang diberikan oleh pihak berkuasa untuk memungut
cukai tanah yang menyamai jumlah gaji yang ditetapkan.)[3]
Maharaja Akbar juga telah membentuk
kabinet dan melantik Perdana Menteri yang dipanggil wazir dan menteri-menteri
misalnya Menteri Kewangan dan Ketua Turus Tentera. Jawatan Ketua Turus Tentera dipanggil
khan qanan bertanggungjawab ke atas semua mansabdar. Jawatan ini dikhususkan
kepada keluarga Diraja sahaja.
Ppada peringkat bandar pula, sebagaimana
kerajaan Kesultanan Delhi, kotwal berperanan menjaga keamanan, mengadakan
rondaan, mengesan pencuri dan orang asing serta berperanan sebagai pengintip
dan menghalang penyembelihan lembu, kerbau unta dan lain-lain.
Sewaktu pemerintahan Maharaja Aurangzeb
golongan ulama berperanan penting dalam pentadbiran pada peringkat pusat sekali
gus menyingkirkan golongan bukan beragama Islam di sisi pemerintah. Aal-Quran
dan hadis telah dijadikan asas perundangan negara. Tujuan baginda berbuat demikian
adalah untuk memastikan Islam kembali berdaulat dalam pemerintahan dan
pentadbiran kerajaan Mughal di India.[4]
Sebagai pemerintah yang mementingkan
keadilan, Maharaja Aurangzeb telah menghidupkan amalan syura dalam
pemerintahan.Baginda menyedari bahawa kaedah ini akan dapat memuaskan hati
semua pihak. Selain itu ada kalanya baginda juga telah menggunakan budi
bicaranya sendiri dalam mengambil sesuatu tindakan.
Para kadi dan mufti telah dilantik bagi
menjalankan pengadilan untuk orang Islam. Manakala hal yang berkaitan dengan
orang Hindu berada dalam pengawasan seorang Hakim Besar.[5]
[1]‘’Bentuk Pemerintahan”, dalam Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM
Sejarah,25.
[2]Mahayudin
Hj. Yahya et. Al., Ace Ahead Teks STPM Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2,Edisi
Kemaskini ,(Shah Alam:Oxford Fajar.2014),68
[3] Ibid,69.
[4]Mahayudin
Hj. Yahya et. Al., Ace Ahead Teks STPM Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2,Edisi
Ketiga, Mahayudin Hj. Yahya et. Al., Ace Ahead Teks STPM Sejarah Islam
(500-1918) Penggal 2,Edisi Kemaskini ,(Shah Alam:Oxford Fajar.2014),68,(Shah
Alam:Oxford Fajar.2017),78
Tiada ulasan:
Catat Ulasan