Rabu, 19 Disember 2018

Hasrat T-Team serap Khalid gagal

ARKIB : 20/05/2010
Oleh FERZALFIE FAUZI
ferzalfie.fauzi@utusan.com.my
PETALING JAYA -- Pasukan T-Team gagal dalam usaha menggunakan khidmat Khalid Jamlus selepas permohonan mereka ditolak oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), semalam.

Mesyuarat Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) FAM dalam mesyuaratnya mendapati perpindahan bekas pemain kebangsaan itu dari pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak mengikut peraturan.

Awal bulan ini T-Team ada membuat permohonan kepada FAM sebelum tarikh tamat pendaftaran pemain baru pada 18 Mei lalu untuk mendapatkan khidmat Khalid yang tidak lagi bersama ATM.

Bagaimanapun, FAM telah mengambil keputusan bahawa Khalid tidak boleh beraksi dengan mana-mana pasukan lain kerana dia didaftarkan untuk pasukan ATM bagi saingan musim ini.

Menurut Timbalan Pengerusi JKPT FAM, Wan Mohd. Nizam Wan Omar, jawatankuasa telah berbincang dan membuat keputusan pemain yang berdaftar dengan pasukan asal tidak boleh berpindah ke pasukan lain sebelum liga berakhir.

"Ini adalah peraturan yang telah ditetapkan oleh JKPT jadi kami telah menolak permohonan T-Team walaupun mereka telah membuat permohonan sebelum tarikh tutup," katanya pada sidang media di Wisma FAM, semalam.

Jelas Wan Mohd. Nizam, Khalid hanya boleh beraksi kembali dalam saingan Liga Malaysia bersama pasukan asal sahaja, selepas lesennya didaftarkan melalui pasukan ATM.

"Tidak kira sama ada Khalid tidak beraksi atau disingkirkan ATM tetapi ia sudah jelas dinyatakan dalam peraturan bahawa dia hanya boleh bermain dengan pasukan yang telah mendaftarkan lesennya.

"Pendaftaran kedua untuk pasukan yang beraksi dalam saingan Liga Malaysia ini hanya membenarkan pemain baru yang tidak mendaftar dengan mana-mana pasukan sahaja," jelasnya.

Katanya, sebanyak 25 pemain baru telah didaftarkan untuk saingan Liga Super dengan melibatkan pasukan seperti T-Team, Kuala Lumpur, Johor, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, KL Plus dan Kelantan.

Sementara itu, saingan Liga Perdana menyaksikan pasukan USM FC paling banyak melakukan pendaftaran pemain baru iaitu dengan mendaftarkan 10 pemain baru



SUMBERArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0520&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz5a8uxULqj
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan