Sabtu, 22 Disember 2018

2.Bincangkan perkembangan masyarakat Islam selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW 20m

Pendahuluan Selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW, rlegara .Islam Madinah diterajui oleh sekumpulan para sahabat Baginda seramai empat orang yang dikenali ' sebagai Khulafa' al-Rasyidin. Berikutan peluasan wilayah Islam, masyarakat Islam terus berkembang.

Isi-isi Penting
Kemenangan tentera Islam dalam perang menentang golongan murtad pada zaman Khalifah Abu Bakar al-Siddiq telah memperkukuh lagi barisan tentera Islam ke arah peluasan jajahan takluk Islam.

Dakwah Islamiah tersebar dengan meluas dalam kalangan penduduk di wilayah utara Semenanjung Tanah Arab, khususnya di Iraq, Syria (Syam), dan Mesir.

Apabila berlaku penaklukan dan peluasan jajahan takluk Islam di luar Semenanjung Tanah Arab, hal ini menyebabkan bilangan umat Islam bertambah ramai termasuk bangsa Parsi (di Iraq dan di timur Iraq), Qibti (di Mesir), dan Barbar (di utara Afrika). Namun pada masa yang sama, masyarakat Arab telah berpecah.

Bangsa Arab telah berpecah kepada beberapa kumpulan, iaitu Muhajirin dan Ansar, golongan bekas murtad (Ahl al-Riddah), Ahl al-Ayyam, Qurra', Khawarij dan Syiah.

Faktor-faktor yang membawa kepada kelahiran pelbagai puak dalam masyarakat Arab ialah: (a) kewafatan Nabi Muhammad SAW. (b) perselisihan tafsiran mengenai ayat al-Quran dan hadis (c) pertembungan afitara kaum Quraisy dengan suku Arab yang lain. (d) perebutan kuasa antara Bani Hasyim pimpinan Ali bin Abi Talib dengan Bani Umayyah pimpinan Mu'awiyah bin Abi Sufyan. (e) isu tanah di Iraq, iaitu tanah yang tidak bertuan (tanah sawafi).

Perpecahan ini telah membawa kepada perang saudara, iaitu Perang Jamal dan Perang Siffin pada zaman pemerintahan Khalifah Ali bin Abi Talib.

Perang Jamal yang berlaku pada Jamadil4khir 36 Hijrah/Disember 657 Masihi merupakan perang saudara pertama yang berlaku dalam sejarah Islam. Peperangan ini berlaku antara penyokongpenyokong Khalifah Ali bin Abi Talib dengan para sahabat termasuk A'ishah, isteri Nabi Muhammad SAW untuk membela kematian Khalifah Uthman bin Affan.

Berikutan Perang Jamal yang memihak Khalifah Ali bin Abi Talib, berlaku pula Perang Siffin antara pengikut-pengikut KhalifahAli bin Abi Talib dengan penyokong-penyokong Mu' awiyah bin Abi Sufyan pada bulan Safar 37 Hijrah/Julai 657 Masihi. Perang saudara kali kedua ini adalah bermotifkan politik dan berakhir dengan memihak kepada tentera Khalifah Ali bin Abi Talib.

Perang Siffin diakhiri dengan Majlis Tahkim, iaitu rundingan damai antara Khalifah Ali bin Abi Talib dengan Mu'awiyah bin Abi Sufyan pada bulan Syaaban 38 Hijrahr/Januari 659 Masihi' Perundingan ini gagal mencapai persetujuan disebabkan gangguan oleh golongan Khawarij' .

Golongan Khawarij memberontak menentang tentera Khalifah Ali bin Abi Talib sehingga meletusnya peperangan di Nahrawan pada bulan Safar 38 Hijrah/659 Masihi.
Disebabkan Khawarij tewas dalam Perang Nahrawan, mereka bertindak membunuh Khalifah Ali bin Abi Talib pada tahun 40Hijrah/66l Masihi'
 Dengan kematian Khalifah Ali bin Abi Talib, tampuk pemerintahan kerajaan Islam diserahkan kepada Sayidina Hassan, putera Sayidina Ali bin Abi Talib sebelum berpindah secara kekal kepada Mu' awiyah, pengasas kerajaan Umayyah'
Kesimpulan Dengan wujudnya pelbagai bangsa dan kaum dalam masyarakat Islam menyebabkan kebudayaan dan pemikiran Islam bercambah dan berkembang. Kesan daripada perkembangan kebudayaan dan pemikiran umat Islam telah membawa kepada tahap ketamadunan Islam yang tinggi walaupun berlaku perpecahan dalam masyarakat.Perpecahan dalam masyarakat Islam yang ditimbulkan oleh golongan-golongan yang berkepentingan tidak menjadi halangan kepada kemajuan dan pembangunan umat Islam dalam bidang ilmu Pengetahuan.

SUMBER- Mahayudin Hj.Yahya et.al.,Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2,Edisi Ketiga(Shah Alam:Oxford Fajar,2017),319-310.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan