Rabu, 26 Disember 2018

STRATEGI PEPERANGAN PADA ZAMAN NABI MUHAMMAD SAW DAN KHULAFAH AL-RASYIDIN

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
      Islam tidak menggalakkan peperangan, namun setelah turunnya wahyu yang membenarkan umat Islam mengangkat senjata, maka Nabi Muhammad SAW telah membentuk angkatan tentera Islam yang dianggotai oleh golongan Muhajirin dan Ansar. Matlamat penubuhan angkatan tentera ini hanyalah untuk mempertahankan negara, maruah serta kesucian agama Islam daripada dicemari oleh pihak musuh khususnya kaum Quraisy Makkah, Yahudi, Byzantine dan Parsi.

      Ppada zaman Nabi Muhammad SAW, peperangan dalam Islam dapat dibahagikan kepada dua iaitu sariyah dan ghazwah. Sariyah merujuk kepada tindakan menyekat rombongan pedagang ataupun musuh-musuh Islam. Ghazwah pula melibatkan peperangan secara besar-besaran. Dalam menghadapi musuh pelbagai  strategi dan taktik peperangan dipraktikkan bagi mengatasi ancaman tersebut.[1]
1.MENGUASAI TEMPAT STRATEGIK
Perang Badar yang berlaku pada 2 H melibatkan umat Islam dengan Quraisy Makkah.Meskipun bilangan tentera Islam hanya berjumlah 313 orang, namun mereka berjaya mengalahkan tentera Quraisy yang berjumlah 1 000 orang.
      Antara faktor kemenangan tentera Islam ialah mereka bertindak pantas dengan menguasai tempat yang strategik, iaitu menguasai kawasan punca air. Dengan demikian, pihak musuh keputusan bekalan air sehingga memaksa mereka menceroboh benteng tentera Islam dan seterusnya mencetuskan peperangan.
2.KAEDAH BERTAHAN/GALI PARIT
Kaedah ini mula dipraktikkan berikutan cadangan seorang sahabat, iaitu Salman al-Farisi bagi melindungi kota Madinah daripada serangan musuh Islam.
      Kejanggalan pihak musuh terhadap benteng pertahanan sedemikian rupa menyebabkan keadaan pertahanan musuh menjadi huru-hara. Ribut taufan yang diturunkan Allah SWT telah memecahbelahkan tentera musuh.
3.PASUKAN PEMANAH DI ATAS BUKIT
Dalam Perang Uhud, Nabi Muhammad s.a.w telah merangka strategi perang. Tentera berjalan kaki (infantri) akan disokong oleh pemanah-pemanah yang berada di tanah tinggi, iaitu di atas Bukit Uhud.
Ternyata kaedah ini telah berjaya mengalahkan musuh. Namun, disebabkan kecuaian para pemanah, benteng pertahanan tentera Islam menjadi lemah.
4.KAEDAH PENYAMARAN
Kekalahan ini berlaku kerana tentera harta musuh yang bertaburan hingga meninggalkan posisi masing-masing.
5.PERJANJIAN PERSAHABATAN DENGAN MUSUH
Ketika Perang Ahzab, seorang sahabat Nu'aim bin Mas'ud telah diarahkan memecahbelahkan benteng pertahanan serta kekuatan tentera Quraisy dan Yahudi yang akhirnya menyebabkan berlaku pertelagahan sesama mereka.
      Begitu juga dengan tindakan Nabi Muhammad s.a.w yang hanya memakai pakaian biasa menunjukkan bahawa baginda ingin kelihatan sebagaimana tentera biasa.
6.TIDAK MENGEJAR MUSUH YANG LARI
Tindakan Nabi yang mengarahkan agar tidak mengejar musuh yang lari ke sempadan mereka sewaktu Perang Mu'tah juga merupakan salah satu strategi yang digunakan oleh tentera Islam.
      Tindakan ini dilakukan bagi mengelak tentera Islam terperangkap dengan strategi musuh. Apatah lagi peperangan tersebut juga telah meragut ramai syuhada seperti Zaidbin Harithah, Ja'afar bin Abi Talib dan Abdullah bin Rawahah.
7.STRATEGI MENGEPUNG DAN MENYERANG SECARA BERTUBI-TUBI
Ketika Perang Ta'if, tentera Islam telah menggunakan strategi mengepung seterusnya melancarkan serangan bertubi-tubi ke atas benteng pertahanan pihak musuh yang dipimpin oleh Malik bin Auf.
      Sewaktu pengepungan itu berlaku, Nabi Muhammad s.a.w juga memaklumkan kepada para penyokong Bani Thaqif bahawa kebun-kebun mereka akan dibakar seandainya enggan menyerah diri serta tunduk di bawah pemerintahan kerajaan Islam.
6.PERANG SATU LAWAN SATU
Pertembungan sebegini dapat menyemarakkan semangat para pejuang lain. Sebagai contoh, ketika Perang Badar, tiga orang sahabat Nabi Muhammad s.aw telah bertempur dengan tiga orang pahlawan Quraisy sebelum tercetusnya perang yang sebenar.
7.MERAHSIAKAN JUMLAH MUSUH
Nabi Muhammad s.a.w juga merahsiakan jumlah musuh daripada pengetahuan tentera Islam untuk memastikan moral mereka tidak terjejas semasa berada di medan perang.Kaedah ini juga sebenarnya dapat merangsang perjuangan para sahabat untuk berjuang bermati-matian demi agama, diri dan negara.
8.MENYUSUN TENTERA BERASASKAN SISTEM AL-SAF
Mengikut strategi ini, barisan pertama biasanya didahului olehtentera infantri dan diikuti oleh pasukan pemanah.
      Tentera berkuda pula dijadikan tentera sokongan untuk menguatkan lagi jentera serangan dan memantapkan benteng pertahanan.Pada zamalkerajaan Khulafa' al-Rasyidin khususnya pada zaman pemerintahan Khalifah Ali bin Abi Talib, tentera Islam telah menyusun tentera mengikut kumpulan-kumpulan kecil (kurdus) bagi menangani ancaman pihak musuh.
9.MEMBINA BANDAR ATAU PUSAT TENTERA.
Pada zaman pemerintahan Khalifah Umar bin al-Khattab, beliau telah membina beberapa bandar atau pusat tentera umpamanya di Iraq, Syria, Mesir dan kawasan-kawasan berhampiran dengan sempadan negara bagi mengelakkan pencerobohan pihak musuh.Bandar ini dilengkapi dengan kubu atau benteng pertahanan di samping dapat memperluas dakwah islamiah dan mempergiat aktiviti ketenteraan di kawasan berhampiran.
Selain itu, anggota-anggota tentera pada zamanrrya dikehendaki menjalani latihan yang keras serta tidak dibenarkan mengerjakan atau melibatkan diri dalam kegiatan ekonomi lain khasnya pertanian.[2]


[1] Mohd. Zaki Ahmad, Score in STPM Sejarah Islam (500-1918) Kertas 2 940/2 Kertas Model, (Shah Alam Oxford Fajar,2015), 43.
[2] Mahayudin Hj. Yahya et. Al., Ace Ahead Teks STPM Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2, Edisi Ketiga (Shah Alam: Oxford Fajar.2017)  ,88

Tiada ulasan:

Catat Ulasan