Khamis, 11 Ogos 2016

TUN ABDUL RAZAK MENGAMBIL ALIH PUCUK PIMPINAN UMNO 23.1.1971

Pada hari ini dalam tahun 1971, Perhimpunan Agung Ke-22 UMNO telah melantik Tun Abdul Razak Bin Dato' Hussein menjadi Presiden UMNO Malaysia dan Tun Dr Ismail bin Abdul Rahman sebagai Timbalannya. Dalam Perhimpunan Agung ini, Tun Abdul Razak telah mengumumkan strategi-strategi yang realistik untuk mencapai matlamat Dasar Ekonomi Baru. Beliau berjanji akan mengadakan rancangan-rancangan untuk membasmi kemiskinan di kalangan rakyat jelata yang tidak berada samada di luar bandar mahupun di bandar. Kerajaan juga akan meninggikan kadar pertumbuhan ekonomi dengan cara memperhebatkan lagi rancangan pembangunan pertanian dan perusahaan termasuklah penyertaan kerajaan dalam rancangan-rancangan pembangunan ini. Beliau akan mewujudkan satu golongan pengusaha dan pedagang di kalangan orang-orang Melayu.  Beliau juga akan juga menyusun semula masyarakat Melayu di luar bandar yang semata-mata bergantung kepada pertanian tradisional dan mengubahnya menjadi masyarakat moden yang berlandaskan pertanian moden dan juga perusahaan dan perdagangan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan