OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Dalam Perang Dunia Kedua,
Britain, Rusia, Perancis dan Amerika Syarikat membentuk pakatan yang dikenali
sebagai Kuasa Berikat. Jerman, Itali dan Jepun pula mewujudkan pakatan yang
dikenali sebagai Kuasa Paksi. Peperangan ini meninggalkan kesan yang amat
mendalam teutama dalam bidang politik,ekonomi dan sosial
a.Penubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu
Selepas Perang Dunia Kedua,
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, PBB ditubuhkan kerana kegagalan Liga Bangsa
memainkan peanan berkesan untuk menghalang peperangan.pada tahun 1945.[1]
Matlamat PBB ialah untuk memelihara keamanan dunia dan menghalang peperangan,
menggalakan kerjasama antarabangsa dalam bidang sosial dan ekonomi serta
memberi bantuan kemanusiaan dan mencegah wabak penyakit dalam kalangan negara
anggota.
b.Eropah tebahagi kepada dua
blok
Selepas tamat Perang Dunia
Kedua muncul dua kuasa besa bahau iaitu Ameika Syarikat dan Soviet Union. Kedua-dua kuasa tesebut
berada dalam pakatan yang sana semasa Perang Dunia Kedua. Persaingan kedua-dua
kuasa dalam kancah Peang Dingin menyebabkan dunia berpecah kepada tiga kelompok
iaitu negara Pro-Amerika, Pro Rusia dan Negara Berkecuali. Eropah terbahagi kepada dua blok iaitu Eropah
Timur yang pro-komunis dan Eropah Barat yang pro-demokrasi.
c.Dekolonisasi
Perang Dunia Kedua
membangkitkan semangat kebangsaan dalam kalangan penduduk Asia dan Afrika.
Muncul gerakan untuk membebaskan tahan air daripada penjajah bagi membentuk
negara dan bangsa mereka sendiri.
Kos peperangan yang tinggi
menyebabkan negara-negara Eropah menghadapi masalah kewangan untuk menguruskan
tanah jajahan. Selepas tamat perang negara-negara Eropah memulakan poses
dekolonisasi dengan membei kemerdekaan kepada tanah jajahan mereka.Antara tahun
1945-1970 banyak tanah jajahan di Asia dan Afrika mencapai kemedekaan.
d.Pepecahan Jerman
Perang Dunia Kedua menyebabkan
perpecahan Jerman kepada empat zon yang dikuasai oleh Britain, Perancis, Ameika
Syarikat dan Rusia. Pada bulan Disember 1946 , Britain, Perancis dan Amerika Syarikat menggabungkan zon-zon
mereka. Rusia membangunkan Jerman Timur sebagai zon komunis. Pada bulan
Mei 1949 Persekutuan Republik Jerman
ditubuhkan dan ibu kotanya di Bonn. Demokratik Jerman ditubuhkan pada bulan
Oktober dengan ibu kotanya di Berlin.
e. Jepun –Supreme Comander for
the Allied Powers
Selepas menyerah kalah Jepun
diduduki oleh Pihak Bersekutu.Pentadbian ini dikenali sebagai Supreme Commader
fot the Allied Powers (SCAP) yang berlangsung dari bulan September 1945 hingga
bulan April 1952. Pentadbiran SCAP dipimpin oleh Jeneral Douglas MacAthur.
Pembubaran angkatan tentera Jepun merupakan objektif utama SCAP. Menjelang
bulan Disember 1945, angkatan tentera daat, laut dan udara Jepun telah
dibubarkan. Hampir dua juta tentera Jepun kembali ke dalam kehidupan awam. Tiga
juta tentera Jepun dan tiga juta orang awam diseberang laut telah dibawa pulang
ke Jepun. Kilang-kilang senjata juga dimusnahkan. Jepun dibangunkan semula melalui SCAP sebagai
sebuah kuasa ekonomi dunia.
f.Kematian dan kemusnahan harta
benda.
Perang Dunia Kedua mengobankan
banyak nyawa. Dianggarkan 600 000 rakyat Jerman terkoban akibat serangan bom.
Manakala tenteranya berjumlah 500 000 oang terbunuh dalam pertempuran. Kadar
kehilangan nyawa yang tinggi juga dialami oleh Rusia. Lebih kurang 7 juta orang
awam dan 11 juta orang tentera terkorban. Britain dan negara-negara Komanwel
kehilangan 445 000 tentera, lebih separuh daripada jumlah itu ialah tentera
Bitain. Amerika Syarikat pula kehilangan 325 000 orang tentera.Pada
keseluruhannya dianggarkan bilangan anggota tentera yang terkorban melebihi 17
juta orang manakala bilangan orang awam yang terkorban adalah sekurang-kurangnya
15 juta orang.[2]
g.Perang Dingin
Selepas tamat perang Amerika
Syarikat dan Rusia muncul sebagai kuasa besar dunia. Amerika Syarikat
memperjuangkan penubuhan kerajaan
demokrasi di Eropah Barat . Rusia berjuang untuk mengasaskan
pemerintahan komunis di negara-negara Eropah Timur. Pertentangan ini
menyebabkan hubungan kedua-dua kuasa besar ini semakin tegang sehingga
mencetuskan Perang Dingin. Semasa Perang Dingin belangsung, kedua-dua kuasa
besar ini menggunakan pelbagai pendekatan untuk mengukuhkan ideologi dan
pengaruh masing-maomania,Poland, Hungary dan Czechoslovakia berada di bawah
pemerintahan komunis.[3]
Kesimpulannya, Perang Dunia
Kedua meninggalkan kesan yang mendalam dalam bidang politik, ekonomi dan
sosial. Perang ini menyebabkan Amerika Syarikat dan Rusia muncul sebagai kuasa
besar dunia. Hubungan tegang antara kedua-dua kuasa besar dunia ini menyebabkan
tercetus Perang Dingin yang berlarutan hingga tahun 1989.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan