Khamis, 4 Ogos 2016

SAMBUTAN HARI PAHLAWAN YANG PERTAMA 4.8.1968

Pada  hari  ini  dalam  tahun  1968,  Hari  Pahlawan  telah  disambut  di seluruh  negara.  Upacara   yang  julung-julung  kalinya  diadakan  ini  telah  berlangsung  di  Tugu  Negara,  Kuala  Lumpur.   Antara  yang  turut  hadir  pada  upacara  penuh   bersejarah  ini  ialah  YB Tan  Sri  Sardon  Jubir,  Menteri  Pengangkutan,  para  diplomat  asing,  orang-orang  kenamaan  dan  para  pegawai  Angkatan  Tentera  dan  Polis.   Hari  Pahlawan  diadakan  bagi  memperingati  jasa-jasa  para  perajurit  yang  telah  gugur  dalam  mempertahankan   keamanan  dan  kemerdekaan  negara  dalam  Perang  Dunia  Pertama,  Kedua  dan  Darurat.  Upacara  sambutan  telah  juga  diadakan  di  negeri-negeri  lain  di seluruh  negara  termasuklah  Johor,  Perlis,  Pulau  Pinang,  Melaka,  Sabah  dan  Sarawak.  Upacara  sambutan  yang  turut  melibatkan  perbarisan  khas  yang  terdiri  daripada  sepasukan  pegawai-pegawai  Angkatan  Tentera.  Berikutan  daripada  sambutan  yang  pertama  kali  diadakan  ini,   Sambutan  Hari  Pahlawan  telah  dijadikan  acara  tahunan  setiap  tahun.  Disamping  sambutan  di  Tugu  Negara,  kerajaan  juga  telah  melancarkan  kutipan  derma  Rayuan  Hari  Pahlawan   bagi  membantu  para  perajurit  di  seluruh  tanah air.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan