Ahad, 21 Ogos 2016

Peranan pengaruh luar dalam membangkitkan semangat nasionalisme di Tanah Melayu.

Oleh-AHMAD BIN YAAKOB
1.Gerakan Islah Islamiah/ Pemulihan di Timur Tengah.
Gerakan ini dipelopori oleh Syed Jamaluddin al-Afghani dan diteruskan oleh Syeikh Muhammad Abduh. Mereka menggesa kaum muslimin agar berpegang teguh kepada ajaran al-Quran dan Hadis.

      Gerakan pemulihan Islam di Tanah Melayu dipelopori oleh Syeikh Tahir Jalaluddindan Syed Syeikh al-Hadi. Pelajar Melayu bersama Indonesia menerbitkan majalah Seruah Azhar (1925-1928) dan Pilihan Timur (1927-1928). Majalah ini mengecam pihak penjajah di Tanah Melayu dan Indonesia.

2.Gerakan Pan Islamisme.
Memperjuangkan penyatuan dunia Islam di bawah naungan Empayar Turki bagi menentang perluasan kuasa Barat.[1]

3.Gerakan Turki Muda.
Gerakan Turki Muda dipimpin oleh Mustapha Kamal berusaha untuk memodenkan negara Turki. Gerakan ini memberi ilham kepada orang Melayu untuk memajukan diri dalam pelbagai bidang.Gerakan ini merangsang semangat golongan muda di Tanah Melayu untuk memperhebatkan perjuangan mereka.Parti politik pertama ditubuhkan ialah Kesatuan Melayu Muda pada tahun 1938.

4.Perang Rusia-Jepun 1904-1905
Kemenangan Jepun dalam Perang Rusia-Jepun 1904-1905 memberi ilham kepada orang Asia untuk mencabar orang Barat.Ini membuktikan sebuah negara boleh menjadi kuat melalui kemajuan pendidikan dan teknologi.

5.Pengaruh Gerakan Politik di Indonesia.
Ada tiga sebab mengapa perkembangan di Indonesia begitu kuat mempengaruhi gerakan nasionalisme di Tanah Melayu. Pertama Indonesia negara jiran yang paling hampir dan segala peristiwa yang berlaku di negara itu mudah tersebar ke Tanah Melayu. Kedua Indonesia dan Malaysia sedang berusaha membebaskan diri dari belenggu penjajahan Belanda di Indonesia dan British di Tanah Melayu. Ketiga pertalian antara kedua-dua negara dieratkan lagi oleh ikatan serumpun iaitu persamaan dari segi bahasa, budaya, adat dan agama.

      Perkembangan di Indonesia telah menarik perhatian golongan terpelajar di Tanah Melayu terutama di Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim seperti Ibrahim Yaakob dan Ishak Haji Muhammad yang kemudiannya menubuhkan Kesatuan Melayu Muda, KMM pada tahun 1937.

      Kefahaman mereka tentang perkembangan politik di Indonesia ditambah lagi melalui pembacaan buku-buku  dan majalah yang dibawa masuk daripada negara tersebut.Ia telah menyebabkan kebangkitan kesedaran nasionalisme pada tahap awal di Tanah Melayu lebih banyak dipengaruhi oleh gerakan nasionalis di Indonesia.[2]    

6.Perkembangan di China
Pada tahun 1894, satu gerakan revolusi dimulakan di China oleh Dr Sun Yat Sen. Gerakan ini bertujuan untuk mengasas sebuah Republik yang bercorak revolusi dan menggulingkan kerajaan Manchu. Gerakan revolusioner ini berjaya menarik minat orang Cina di seberang laut hingga mendorong kepada penubuhan beberapa cawangan Teng Meng Hui termasuk di Tanah Melayu dan Singapura.

7.Perkembangan di India
Perjuangan nasionalis di India juga turut memberi dorongan kepada gerakan nasionalisme di Tanah Melayu. Pada tahun 1885, Parti Kongres Kebangsaan India ditubuhkan oleh sekumpulan orang India yang berpendidikan. Parti Kongres pada peringkat awal bersifat sederhana, kemudian berubah menjadi anti-British dan mengambil langkah yang agak keras seperti memulau barangan buatan England. Tindakan golongan nasionalis India ini diikuti oleh nasionalis di Tanah Melayu. Mahatma Ghandi menjadi tokoh yang dikagumi oleh nasionalis di Asia Tenggara. Kepimpinan Ghandi menjadi ilham dan dorongan kepada nasionalis di Tanah Melayu.[3]




[1]“Gerakan Nasionalisme”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 3  
[2]Ruslan Zainuddin dan Abd Sukor Yusuf, AceAhead Teks STPM Sejarah Malaysia dan Asia Tenggara (1800-2000)Penggal ,162..    
[3]Ibid,163. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan